17
Sel, Okt
781 ARTIKEL BARU

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menggesa rakyat di negeri ini supaya tidak memberikan sokongan kepada parti-parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya parti-parti berkenaan adalah Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) serta Parti Amanah Negara (AMANAH).

“Kita tidak mahu parti-parti itu di negeri ini termasuk UMNO datang ke sini. Parti yang sedia ada di negeri ini sudah cukup bagi rakyat negeri ini.

“Sokonglah parti berasal dari negeri ini sahaja. Tiada orang lain tahu Sarawak kecuali anak Sarawak sendiri.

“Biarlah kita dengan parti kita sendiri dan Sarawak tidak memerlukan parti lain dari luar negeri,” katanya.

Adenan menggesa rakyat negeri ini terus mempertahankan semangat harmoni dan aman damai bagi kemakmuran Sarawak.

“Kita di Sarawak sudah lama hidup aman damai tanpa sebarang konflik lebih-lebih lagi dengan hal-hal agama dan perkauman.

“Kita tidak mahu mencontohi masyarakat di Semenanjung Malaysia yang tidak berhenti-henti bergaduh melibatkan isu-isu perkauman, agama dan sebagainya.

 

“Apa yang terjadi di sana, biarkan jangan peduli. Cukuplah

Takut kepada hudud dan pembentukan negara Islam adalah faktor penentu dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak dan alasan inilah menyebabkan DAP percaya mereka tidak boleh bekerjasama dengan PAS dalam pemilihan tahun depan, kata Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Pengundi yang tidak mahu dikaitkan dengan PAS lebih teruk daripada risiko parti pembangkang seperti PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) bertanding menentang PAS dan Barisan Nasional (BN).

Prospek pertembungan beberapa calon di

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chien Jen dan Ahli Parlimen Stampin Julian Tan mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyertai perhimpuan BERSIH 4.0 yang diadakan pada 29 Ogos lalu.

Berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan DAP Sarawak yang mana kedua-dua pemimpin mereka itu ditangkap dan disaman di mahkamah.

Ini tidak benar sama sekali dan tindakan DAP Sarawak yang cuba memanipulasi berita tersebut bertujuan mengelirukan rakyat dan ingin menonjolkan mereka ini wira

Bermula petang semalam hingga ke hari ini, ramai netizen di media sosial mengecam tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah yang mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Sarawak dalam menghalang beliau datang menjejak kaki di bumi kenyalang.

Nurul Izzah yang tiba dari Kuala Lumpur kira-kira jam 4.00 petang semalam dengan menaiki pesawat Air Asia (AK5210). Bagaimanapun, beliau dipaksa meninggalkan Sarawak pada hari yang sama 40 minit kemudian dengan menaiki syarikat penerbangan yang sama.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bertegas tidak akan membenarkan UMNO melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Justeru, katanya, rakyat di negeri ini tidak perlu khuatir kerana kerajaan negeri di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) tidak akan atau pernah membenarkan kemasukan UMNO ke Sarawak.

“Saya tahu pihak pembangkang sengaja memainkan isu ini untuk membangkitkan rasa bimbang dalam kalangan rakyat terhadap kemasukan UMNO.

“Tetapi, anda tidak perlu risau kerana seperti yang

KUCHING - Kemenangan akhirnya berpihak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas Dewan Rakyat meluluskan usul Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri Sarawak semalam, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata SPR menghadapi bermacam-macam gangguan dan bantahan dalam melaksanakan kerja-kerja persempadanan semula itu, khasnya daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (BGO) dan parti-parti politik yang mempunyai agenda mereka sendiri.

Kerajaan Sarawak komited untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada tanahnya untuk taman simpanan semula jadi dan santuari haiwan.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem berkata tanah simpanan itu boleh menjadi kawasan rekreasi untuk orang ramai, dan pada masa yang sama, memelihara flora dan fauna.

"Kita mahu memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada kawasan tanah Sarawak untuk taman negara, santuari haiwan, hutan simpan dan hutan yang

Lebih banyak artikel..