27
Sel, Jun
634 ARTIKEL BARU

Sejak sekian lama, rakyat Sarawak telah hidup dalam perpaduan dengan kepelbagaian kaum dan suku kaum, agama dan budaya.

Perpaduan ini dicapai menerusi keharmonian sosial di mana setiap kaum dan suku kaum berhak mengamalkan kepercayaan dan kebudayaan masing-masing serta menghormati antara satu sama lain tanpa syak wasangka.

Atas kepercayaan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengangkat Sarawak sebagai model keharmonian sosial negara atas kejayaannya mewujudkan suasana aman damai dalam kalangan penduduk pelbagai kumpulan etnik dan subetnik yang paling banyak berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Keharmonian inilah yang seterusnya membawa kepada pencapaian ekonomi yang berterusan, sekali gus membawa kepada penyaluran lebih banyak projek pembangunan, terutama di kawasan luar bandar di negeri ini.

Mengambil kira itu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem menolak sekeras-kerasnya kemasukan anasir-anasir melampau yang boleh menjejaskan perpaduan kaum di Sarawak.

Pemahsyuran Kuching sebagai ‘Bandaraya Perpaduan’ pada 1 Ogos 2015 telah menjadikan Kuching sebagai bandar raya pertama di Malaysia dan juga di dunia yang menerima gelaran

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem menegaskan langkah menghentikan pengeluaran lesen konsesi balak dan pembukaan ladang kelapa sawit komersial yang baharu di Sarawak bertujuan memelihara hutan di negeri ini daripada kemusnahan dan mengekang kegiatan pembalakan haram dan menjaga kepentingan rakyat negeri ini.

“Saya telah buat keputusan jangan ada konsesi balak lagi, jangan beri lesen hutan lagi, cukup sudah. Habis hutan kita diambil orang. Saya mahu memelihara hutan kita

Petronas bersetuju membantu membiayai beberapa sekolah di Sarawak bagi memacu transformasi di sekolah awam menerusi Penganugerahan Penajaan Petronas di bawah Sekolah Amanah dengan kerjasama Yayasan AMIR.

Pembiayaan ini merangkumi kursus pembelajaran dan pembangunan profesional para guru serta barisan kempimpinan sekolah di beberapa sekolah terpilih.

Ia turut merangkumi pelaksanaan pelan penambahbaikan tahunan Sekolah Amanah, sistem pengurusan prestasi, program kokurikulum serta strategi untuk

Selepas mendapatkan peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak November 2014, Ketua Menteri Sarawak sekali lagi akan memohon peruntukan berjumlah RM500 juta bagi membantu membangunkan kawasan luar bandar di Sarawak.

Pada Persidangan DUN Sarawak November 2014, biarpun Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem berjaya mendapat kelulusan dua pertiga jumlah ahli dewan, tetapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Menyaksikan sidang Parlimen kadang-kadang menghiburkan seperti menonton sarkis. Telatah Ahli Parlimen Pembangkang tidak pernah buat saya kering gusi. Namun ada juga pembohongan yang mereka lakukan, cukup meyakinkan, seolah-olah ianya benar. Izinkan saya bicara tentang pelawok popular dari Pandan, Rafizi Ramli.

Dari semalam tersebar di laman sosial kenyataan Rafizi membelasah Bajet 2016 yang mempersoalkan perbelanjaan Perdana Menteri yang meningkat. Rafizi turut mempertikai janji PM untuk

Tiada apa yang menghairankan jika ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sarawak yang melontarkan dakwaan palsu ke atas Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dalam masa terdekat ini.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, ADUN-ADUN DAP di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun luar dewan berasakan ‘penangan’ CM Adenan pasti akan membuatkan mereka tidak tidur malam dan terpaksa memikirkan strategi baharu untuk

Nyiur gading puncak mahligai,

Sayang ketupat berisi inti,

Hancur daging tulang berkecai,

Belum dapat belum berhenti.

Pantun itu menggambarkan semangat dirinya yang tidak akan berhenti berusaha merealisasikan impian untuk mendapatkan kenaikan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus untuk Sarawak.

Sarawak tetap akan meneruskan usaha memastikan kerajaan pusat menambah bayaran royalti minyak dan gas kepada 20 peratus berbanding 5 peratus sekarang.

Ketua Menteri Datuk Patinggi

Lebih banyak artikel..