17
Kha, Ogs
843 ARTIKEL BARU

Pertembungan ‘sengit’ di DUN Satok akan membawa kepada sejauh mana hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) dalam Pakatan Harapan Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang?

Pengumuman Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak yang mengumumkan akan meletakkan 6 calon berpotensi termasuk di DUN Satok dan DUN Senadin sekali lagi mewarnai hubungan PKR dan DAP.

Semalam, Ketua AMK Kebangsaan, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dan kawasan DUN yang akan ditandingi mereka dalam PRN Sarawak akan datang.

Menariknya, AMK memilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka, Satok, Senadin, Simunjan, Mambong dan Baram.

DUN Satok dan DUN Senadin dijangka akan berlakunya pertembungan sesama sendiri calon PKR dan DAP dan dijangkakan pertandingan lebih 3 penjuru termasuk calon BN dan PAS.

Pembantu Khas kepada Chong Chieng Jen yang juga Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa, turut berminat bertanding di DUN Satok selain DUN Tupong bagi menghadapi Naib Presiden PBB, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg. Berkemungkinan besar Abdul Aziz akan mencuba nasibnya di DUN Satok

Keprihatinan kerajaan negeri Sarawak di bawah Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem dalam mengurangkan jurang penduduk luar bandar dan bandar semakin jelas dengan beberapa tindakan susulan antaranya penurunan dan penyeragaman tambang feri.

Penurunan dan penyeragaman tambang feri di beberapa kawasan di Sarawak telah membantu meringankan beban penduduk di kawasan luar bandar.

Penurunan tambang perkhidmatan feri Marudi dianggap sebagai formula membantu

Bermula 25 Mei 2015, tol Jambatan Lanang telah dimansuhkan sekali gus membuka lembaran baru bagi penduduk Sibu dan Sarikei yang kerap menggunakan jambatan itu untuk berulang alik setiap hari.

Jambatan Lanang yang mula digunakan sejak tahun 2003 dengan kos pembinaannya sebanyak RM180 juta yang menghubungkan Sarikei dan Sibu menyeberangi Sungai Batang Rejang.

Pemansuhan tol Jambatan Lanang ini cukup menggembirakan ramai pihak sama ada penduduk dan pengusaha bas dan teksi yang berulang-alik

Selepas menggembirakan pengguna domestik dengan pengurangan tarif elektrik sehingga 47%, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem sekali lagi membuatkan rakyat ‘membuka mata dan telinga’ apabila mengumumkan penurunan kadar tarif bagi komersial dan industri.

‘Hadiah’ ini telah berkuatkuasa pada 1 Jun 2015 dan memberikan kelegaan kepada kira-kira 85,200 pelanggan komersial dan pemain industri yang berkecimpung dalam bidang ini. 

Sebanyak 50% atau 46,000

Pengumuman Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak yang berhasrat meletakkan calon mereka di enam (6) Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang telah mencetuskan kecurigaan di kalangan dalaman Pakatan Harapan Sarawak - Democratic Action Party (DAP), PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

Baru-baru ini Pengarah Pilihan Raya PKR Haniza Talha mengumumkan dalam sidang media di mana Wanita PKR Sarawak akan meletakkan calon-calon di DUN Tupong, Simunjan

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem menunaikan janjinya apabila menambah peruntukan kepada sekolah-sekolah persendirian di Sarawak seperti mana yang pernah dijanjinya pada awal tahun 2014.

Pada tahun 2014, Ketua Menteri Sarawak telah menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak RM3 juta dalam membantu sekolah-sekolah persendirian Cina. 

Tujuannya hanya satu iaitu menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak tidak sesekali meminggirkan

Salah satu tindakan ‘cakap dan buat’ yang dilakukan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem ialah mengurangkan kadar tarif elektrik bagi pengguna domestik. Keputusan ini sangat memberikan impak yang negatif kepada beberapa pihak terutamanya DAP Sarawak yang turut mendesak penurunan tarif elektrik sebelum ini.

Keputusan Adenan Satem dalam mengurangkan tarif elektrik domestik Sarawak sangat mengejutkan DAP Sarawak yang seakan-akan tidak percaya, apatah lagi

Lebih banyak artikel..