12
Sel, Dis
906 ARTIKEL BARU

Violet Yong Perlu Baca Inisiatif CM Adenan

Kolumnis 1
Typography

Dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.10 Pending, Violet Yong bahawa kalimah Allah tidak akan dapat digunakan oleh penganut agama lain, selain Islam sekiranya Barisan Nasional (BN) terus memimpin negari ini adalah bertujuan untuk memutarbelitkan tindakan Ketua Menteri Sarawak yang selama ini peka dengan keperluan rakyat Sarawak.

Violet Yong membuat pesanan demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya DAP bagi DUN N.23 Bukit Semuja dan DUN N.22 Kedup, Selasa lepas.

Seperti kebanyakan pemimpin DAP, Violet Yong turut membawa isu nasional yang tidak mempunyai kaitan dengan kepimpinan di bawah Datuk Patinggi tan Sri (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem.

Selain isu Goverment and Service Tax (GST), Violet turut mempersoalkan isu rasuah yang sering dikaitkan dengan pemimpin BN.

Apakah ADUN Pending itu tidak melihat rasuah yang telah dilakukan Setiausaha DAP Lim Guang Eng sepanjang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?

Di Sarawak, setiap pemimpinnya dikehendaki melafazkan ikrar dan menandatangani surat aku janji bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat jika ada laporan, tetapi ini tidak berlaku di Pulau Pinang.

 

Malah sehingga kini tiada lagi pemimpin BN yang didakwa atas kesalahan rasuah.

Sebaliknya kenyataan Violet Yong itu hanyalah bertujuan memburukkan pemimpin BN bagi tujuan meraih sokongan dalam pilihan raya kelak.