28
Sel, Mac
883 ARTIKEL BARU

Adakah DAP Layak Letak Calon Dalam PRN Sarawak Ke-11?

Kolumnis 1
Typography

TIDAK lama lagi akan menyaksikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 di bawah pentadbiran Ketua Menteri Sarawak iaitu Tan Sri Adenan Satem.

Sudah pasti PRN Ke-11 kali ini akan mendapat tumpuan ramai terutamanya terhadap semua calon yang bakal bertanding baik daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Bagi pemerhati politik, sudah pasti mahu menyaksikan adakah berlakukan pertembungan sesama sendiri di kalangan pembangkang?

Cuma kini yang menjadi persoalannya, adakah DAP layak untuk meletakkan calon kerana arahan mandatori daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bertarih 6 Disember 2013 yang melarang ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP daripada membuat dasar dan keputusan bagi pihak parti masih berkuatkuasa sehingga hari ini.

Mengulas mengenai isu ini, Setiausaha Parti Tindakan Rakyat (PAP), Rahmad Isahak berkata, jika berpandukan atas kertas sememangnya DAP tidak layak untuk meletakkan calon kerana tiada siapa yang layak untuk menandatangani surat watikah perlantikan.

“Lim Guan Eng selaku Setiausaha DAP belum sah jawatannya… Jadi bagaimana mereka mahu meletakkan calon. Oleh itu saya mendesak agar Ketua Menteri Sarawak bertegas terhadap isu ini.

“Ini adalah soal masa hadapan rakyat Sarawak. Perkara ini berkaitan dengan undang-undang. Sekiranya ROS masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun ‘hak istimewa’ untuk Dap, maka parti itu tidak layak untuk bertanding,” ujarnya.

Tambah Rahmad, tahun ini sudah memasuki tahun ketiga isu status CEC ini tergantung dan sekarang ini adalah masa terbaik untuk ROS mengeluarkan kenyataan kerana ini melibatkan pilihan raya yang juga masa hadapan negeri Sarawak.

Justeru, beliau melontarkan persoalan sekiranya calon daripada DAP mendapat mandat daripada rakyat negeri itu, adakah ianya sah.

“Setahu saya, jika ROS tidak mengeluarkan sebarang kebenaran maka semasa DAP mahu mendaftarkan calon, ianya boleh ditolak.

“Saya turut mendesak agar ROS memberi penjelasan dalam kadar segera adakah DAP layak terutama Setiausaha Agung yang jawatannya masih ‘haram’ di bawah Akta Pendaftar Pertubuhan 1966 membuat keputusan secara kolektif bersama pemimpin CEC DAP Pusat dalam melantik calon mereka serta menandatangani watikah untuk bertanding di Sarawak nanti,” katanya lagi.

loading...
BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS