17
Kha, Ogs
857 ARTIKEL BARU

Bantuan Kerajaan Bertujuan Pastikan Rakyat Berada Dalam Keselesaan

Kolumnis 1
Typography

Banjir yang berlaku di Bandaraya Kuching dan Serian pada hujung minggu lepas dan awal minggu ini adalah seperti yang diramal banyak pihak sebelum ini berdasarkan kepada pemantauan dan analisis semasa cuaca sejak awal tahun ini.

Di pihak kerajaan, agensi terlibat seperti Majlis Keselamatan Negara MKN), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan sebagainya termasuk parti politik komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Sarawak United People Party (SUPP) bertungkus lumus memberikan bantuan.

Lawatan mengejut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Satem ke Pusat Penempatan Banjir di Dewan Masyarakat Malihah selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran SUPP membuktikan kerajaan sangat mengambil berat terhadap situasi semasa banjir yang berlaku.

Adenan memberitahu secara keseluruhan pengendalian urusan pemindahan mangsa ke pusat-pusat pemindahan berjalan dengan baik dan lancar.

Beliau turut berpuas hati dengan persiapan dan bantuan makanan dan sebagainya yang disediakan oleh agensi-agensi berkaitan.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan bantuan dan kelengkapan pemindahan mangsa banjir di Sarawak sebagai bertaraf lima bintang.

“Apa yang dapat saya lihat usaha menyelamat, pemindahan dan pengurusan pusat pemindahan di Sarawak adalah bertaraf lima bintang, semuanya diurus dengan begitu baik sekali.

Bagi kawasan yang teruk dilanda banjir seperti di Pantai Damai, Samariang, Tupong dan Satok, pemimpin dan ahli-ahli PBB sibuk membantu mangsa banjir tanpa mengira siang dan malam.

Malah, ada di kalangan mereka termasuk wakil rakyat ini terpaksa bersama mangsa banjir bagi memastikan setiap kelengkapan yang diberikan memenuhi keperluan mereka.

Di kawasan Batu Kawah, Batu Kitang dan di Bau dan Serian, bantuan turut diberikan pemimpin dan ahli-ahli SUPP tanpa mengira idealogi politik.

Menurut Presiden SUPP, bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir adalah ikhlas dan bukannya bertujuan memancing undi. 

 

Rakyat lebih tahu menilai siapa yang ikhlas dan soap yang hanya mahu meraih simpati murahan dengan situasi semasa demi mendapatkan sokongan politik.