17
Sel, Okt
781 ARTIKEL BARU

PKR Minta DAP Lebih Berdisiplin

Kolumnis 1
Typography

Isunya masih sama sejak beberapa pilihan raya lepas dan kini berlaku lagi hanya kerana perebutan kerusi yang ingin ditandingi.

Terbaru, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian membidas rakannya dalam Pakatan Harapan, Parti Tindakan Demokratik (DAP) agar lebih berdisiplin dan menghormati parti.

Baru Bian membuat gesaan demikian kerana menurutnya DAP telah melampau dan melakukan serangan terbuka terhadap PKR.

Dalam satu kenyataan baru-baru, Baru Bian telah meminta Chong Chien Jen untuk menasihat ahli-ahlinya (DAP Sarawak) dan menghalang mereka daripada membuat kenyataan keras terhadap ahli dan pemimpin PKR.

"Kenyataan-kenyataan yang tidak rasional oleh ahli-ahli DAP bakal menjejaskan imej pembangkang di mata orang ramai.

Jika ini berterusan saya bimbang ia akan memberi imej negatif terhadap peranannya sebagai pemimpin parti," katanya.

Baru-baru ini DAP bukan sahaja telah membuka bilik gerakan di DUN Layar dan Sri Aman tetapi juga mengumumkan calon mereka untuk bertanding di kawasan tersebut sebagai persediaan melawan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

PKR berasa kesal terhadap tindakan DAP Betong dan Sri Aman yang seolah-olah mewajarkan serangan yang keterlaluan ke atas ahli dan pemimpin parti itu.

 

Kedua-dua parti itu telah mengumumkan calon masing-masing di kerusi yang bertindih di DUN N.36 Layar yang didakwa milik PKR sejak beberapa penggal.