23
Sel, Mei
720 ARTIKEL BARU

Antara Dakwaan, Tuduhan Dan Didapati Bersalah?

Kolumnis 1
Typography

Sokongan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Adenan Satem terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak perlu dipersoalkan hanya kerana ‘Deklarasi Mahathir - Lim Kit Siang - Wan Azizah’.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Baru Bian menyangkal sokongan Adenan terhadap Najib selepas ‘Deklarasi Rakyat’ dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan disokong pemimpin pembangkang, bekas pemimpin UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s).

Sebelum ini Adenan pernah menyuarakan di dalam ucapan penggulungannya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Disember lepas bahawa Barisan Nasional (BN) Sarawak sedia mempertimbangkan semula sokongan penuh dan taat setia diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya beliau didapati bersalah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya memberi jaminan kalau Najib didapati bersalah dalam skandal 1MDB, saya akan mempertimbangkan semula sokongan dan taat setia kepadannya tetapi selagi beliau (Najib) belum didapati bersalah sokongan itu kekal.

Sehingga kini Najib masih belum lagi didapati bersalah dan keputusan yang membabitkan 1MDB hanya akan diputuskan menerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang diwakili Ahli-Ahli Parlimen BN dan Pembangkang.

Ramai pemimpin dan ahli pembangkang melihat ‘Deklarasi Rakyat’ yang dibacakan Mahathir dan pemimpin pembangkang itu adalah ‘suara rakyat’ sedangkan deklarasi itu hanya dibuat dan ditandatangani oleh 58 pemimpin yang mempunyai ‘perasaan dendam’ terhadap Najib.

Sebagai seorang peguam, Baru Bian tentu arif dalam undang-undang bahawa selagi seseorang itu tidak dapati bersalah oleh badan kehakiman dan hanya dituduh dan didakwa, maka beliau masih belum bersalah.

Malah tindakan Baru Bian yang akan meminta rakyat ‘menghukum’ Adenan dan BN  Sarawak pada Pilihan Raya Negeri akan datang hanya kerana menyokong orang yang belum disabitkan salah disifatkan sebagai terdesak dan ketandusan modal.

Bagi pemimpin pembangkang mereka melihat Najib bersalah kerana apa yang dibuatnya itu memberi kesan besar kepada mereka khususnya dalam kegagalan meraih undi dan sokongan rakyat pada pilihan raya.

 

Namun, sepanjang penggal Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 lepas, apa pula ‘sumbangan’ Baru Bian kepada penduduk di Ba’kelalan yang kini banyak merungut kerana tiada sebrarang ‘perubahan’ dibuat Pengerusi PKR Sarawak itu?