13
Rab, Dis
890 ARTIKEL BARU

Pemansuhan Cukai Tanah Sarawak Jelas, DAP Sengaja Mahu Mengelirukan Rakyat

Kolumnis 1
Typography

KUCHING - Anggapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Violet Yong yang mempersoalkan pemansuhan cukai yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Adenan Satem Selasa lepas sebagai tidak jelas dan hanya bertujuan memberikan gambaran buruk terhadap niat baik Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.

Adenan, Selasa lepas telah mengumumkan pemansuhan cukai tanah untuk pertanian dan tanah kediaman di Sarawak berkuatkuasa serta merta.

"Merujuk kepada pengumuman yang dibuat pada 26 Februari mengenai pemansuhan cukai tanah, saya ingin menyatakan pemansuhan ini tertakluk hanya kepada pekebun kecil dengan tanah pertanian yang kurang daripada 100 ekar (40 hektar) dan tanah kediaman.

Berkuatkuasa daripada 15 Mac (Selasa) cukai tanah tidak lagi dikenakan ke atas tanah ini. Semua tunggakan dan surcaj akan dikecualikan," katanya dalam satu sidang akhbar.

Bagaimananapun, DAP mempersoalkan tindakan Kerajaan BN Sarawak itu yang dikatakan bersifat hanya untuk pilihan raya sahaja.

Persoalan ini sememangnya telah dijangka kerana DAP sememangnya amat takut dengan tindakan Kerajaan BN memansuhkan cukai tanah kerana ia melibatkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Kini, ia telah menjadi realiti dan DAP terpaksa mencari dan menukar strategi baru untuk memanipulasi pemikiran rakyat.

Dan, apabila Adenan mengumumkan pemansuhan cukai tanah, DAP kini seolah-olah kehilangan isu yang sering dimainkan mereka setiap kali pilihan raya dalam meraih sokongan.

Manakan tidak, keputusan Adenan memansuhkan cukai tanah ini melibatkan 360,422 pemilik dan cukai berjumlah RM8.58 juta atau 19 peratus daripada keseluruhan cukai tanah.

"Tanah pertanian pekebun kecil (kurang daripada 100 ekar) didaftarkan di bawah 173,752 pemilik dengan cukai sebanyak RM3.62 juta atau lapan peratus daripada jumlah cukai tanah manakala 186,670 pemilik tanah kediaman dengan cukai tanah sebanyak RM4.96 juta atau 11 peratus daripada jumlah cukai tanah," katanya.

Mereka yang telah membayar cukai mereka, beliau berkata kerajaan negeri akan membayar balik cukai tanah yang dibayar itu.

Sementara itu, Violet yang juga ADUN Pending turut mempersoalkan kenapa kerajaan tidak memasukan cukai lot komersial dalam pemansuhan itu?

Dalam semua keadaan, kerajaan perlu juga memikirkan pendapatan kerajaan yang boleh digunakan untuk membangunkan Sarawak.

 

Malah, Adenan berkata dari semasa ke semasa, beliau dan kabinet negeri akan membincangkan perkara yang menyentuh cukai taksiran untuk premis kediaman, komersil dan industri.