24
Sab, Jun
723 ARTIKEL BARU

Apakah Irene Chang Sudah Lupa?

Kolumnis 1
Typography

Mungkin Irene Chang sudah melupai apa yang telah dilakukan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem ke atas bekas Pengerusi DAP Sarawak mendiang Wong Ho Leng yang meninggal dunia akibat sakit tumor otak pada 21 Jun 2014.

Bekas ADUN Bukit Assek itu meninggal dunia akibat menderita sakit tumor otak dan keluarganya terpaksa menanggung ‘hutang’ selepas kos perubatan Wong Ho Leng mencecah jutaan ringgit.

Sepanjang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Singapura kos perbelanjaan meningkat hingga membawa kepada ketidakmampuan keluarganya untuk membiayainya selain meraih simpati daripada DAP.

Dalam meringankan bebanan yang ditanggung Irene dan keluarganya, Kerajaan Negeri Sarawak telah menyalurkan bantuan berjumlah RM1 juta, satu amaun yang sangat diperlukan Irene dan keluarganya bagi membiayai hutang perubatan Wong Ho Leng.

Apa yang sedihnya DAP sedikitpun tidak menghulurkan bantuan kewangan selain hanya menunjukkan rasa simpati moral sehinggalah isterinya Irene Chang mengaibkan kepimpinan DAP.

Irene Chang, mencemuh partinya sendiri kerana gagal memberi atau mewujudkan sebarang sokongan kewangan kepada suaminya sepanjang suaminya menderita penyakit ketumbuhan di dalam otak. 

Bagaimanapun, selepas menggunakan kesemua wang simpanan bagi tujuan rawatan kimoterapi dan radioterapi di Singapura selain penginapan dan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain, tidak ada satu sen pun bantuan diberikan oleh DAP. 

“Tidak ada satu sen pun yang disalurkan oleh parti selepas apa yang kami lakukan untuk parti,” kata Irene.

Menurut Irene, setiap bulan mereka terpaksa mencari sekurang-kurangnya RM10,000 untuk menampung perbelanjaan tambahan untuk rakyat yang diwakili serta membiayai pusat khidmat yang ditubuhkannya. 

Sepanjang PRK Sibu dan PRN Sarawak tahun 2011, Irene memberitahu mereka telah menggunakan hampir kesemua simpanan peribadi berjumlah RM700,000 untuk perbelanjaan kempen dan Ibu Pejabat DAP pula tidak banyak membantu. 

Ini membuatkan Wong Ho Leng terpaksa meminta bantuan daripada ahli-ahli perniagaan Foo Chow dan mereka berjaya memperolehi lebih RM10 juta daripada rakan-rakan, saudara-mara dan para penyokong.

Menurut Irene lagi, mereka telah berbelanja lebih kurang RM4 juta daripada jumlah tersebut dan bakinya pula dipindahkan dari DAP Sarawak kepada DAP Ibu Pejabat. 

 

Selepas itu, Wong Ho Leng tidak lagi mempunyai akses untuk dana berkenaan.