20
Jum, Okt
761 ARTIKEL BARU

Tunggu SPR Tentukan Tarikh Penamaan Calon Dan Pengundian PRN Sarawak Ke-11

Kolumnis 1
Typography

Debaran rakyat Sarawak mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berjaya diredakan apabila Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem secara rasmi telah mengumumkan tarikh pembubaran DUN Sarawak secara langsung di pejabatnya, petang semalam.

Pengumuman itu sekali gus meredakan keresahan rakyat Sarawak terutamanya pemimpin politik, penganalisis dan ahli-ahli parti serta mereka yang mengikuti rapat politik Sarawak sebelum ini.

Khabar angin mengenai pembubaran DUN Sarawak telah bertiup kencang sejak tahun lepas selepas sahaja Adenan diangkat sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

Ini diperkuatkan lagi dengan penganjuran program Kerajaan Negeri Sarawak ‘Sejiwa Senada’ selain kekerapan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan beberapa menteri kabinet persekutuan.

Terdahulu, Adenan pada sebelah paginya mengadakan pertemuan tertutup dengan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di Pertua Negeri Negeri Sarawak di kediamannya yang lebih menjurus kepada membincangkan tarikh pembubaran DUN Sarawak.

Selepas pertemuan itu, Adenan telah mengadakan sidang media tepat jam 2.00 petang di pejabatnya bagi mengumumkan tarikh pembubaran DUN Sarawak akan berkuat kuasa pada 11 April selepas mendapat perkenan daripada TYT Sarawak.

Pengumuman secara langsung di di kaca televisyen dan media sosial itu telah menjawab teka-teki berhubung tarikh sebenar pembubaran DUN Sarawak yang sebelum banyak kali menjadi buah mulut mereka yang ‘arif’ dalam politik Sarawak.

Adenan pada penghujung bulan Januari lepas, telah mengumum dan mengesyorkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 ini diadakan pada 18 April dan 30 April dicadangkan untuk hari pengundian.

Pengumuman itu sedikit sebanyak telah memberikan gambaran bahawa PRN Sarawak Ke-11 akan diadakan pada bulan April.

Bagaimanapun, hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sahaja yang boleh menentukan tarikh hari penamaan dan pengundian dalam mesyuarat selepas menerima notis pembubaran DUN Sarawak daripada Kerajaan Negeri Sarawak.

Dalam menentukan tarikh pembubaran DUN Sarawak, ada prosedur yang perlu diikuti bagi memastikan setiap langkah yang dilakukan tidak mengundang keraguan dan memastikan sistem perjalanannya mengikut lunas undang-undang.

96 Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-para-margin:0cm; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:Calibri; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin;}

Tempoh DUN Sarawak bagi penggal ke-10 ini akan berakhir pada penghujung bulan Jun ini dan yang pasti PRN Sarawak Ke-11 akan diadakan sebelum tempoh matang tersebut.