20
Jum, Okt
761 ARTIKEL BARU

Eksploitasi Kanak-Kanak Jalan Terdesak Pendemo Anti-GST

Kolumnis 1
Typography

KUCHING – Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyambut ulang tahun pertama pelaksanaan Goverment Service Taxs (GST) pada 1 April lepas di seluruh negara dengan mengadakan ‘flash moop’ di jalan raya atau perhimpunan jalanan.

Di Sarawak, Wanita PKR Sarawak turut mengadakan flash moop di Kuching petang Jumaat lalu di Jalan Satok dengan mengambil kesempatan orang ramai balik kerja.

Bagaimanapun, flash moop PKR itu kurang mendapat sambutan dan hanya dihadiri ahli-ahli PKR bagi menunjukkan kononnya orang ramai bersetuju dengan mereka.

Tindakan pendemo membawa bersama kanak-kanak semasa flash moop telah mengundang kemarahan orang ramai.

Kenapa perlu mengheret kanak-kanak untuk kepentingan politik mereka? Apakah sudah ketandusan idea?

Perbuatan tersebut secara tidak langsung mengeksploitasi kanak-kanak dan merupakan suatu kesalahan kerana mempergunakan kanak-kanak bagi tujuan politik.

Flash moop tersebut turut mendapat reaksi polis apabila terpaksa meleraikan perhimpunan haram itu kerana tidak mendapat permit polis.

Orang ramai yang melihat flash moop itu menyifatkan budaya yang dibawa PKR Sarawak bukan budaya Sarawak.

Bagi penduduk Sarawak, budaya itu terlalu asing bagi mereka yang hanya mengetahui ia datang daripada Semenanjung oleh pembangkang.

Persoalannya, kenapa perlu ada flash moop atau perhimpunan jalanan bagi menyatakan bantahan terhadap GST sehingga menganggu pengguna jalan raya?

96 Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-para-margin:0cm; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:Calibri; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin;}

Tidak cukup dengan itu, PKR Sarawak turut mengadakan konvoi Anti-GST dengan bergerak dari Kuching ke Lawas bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap pelaksaan GST.