17
Kha, Ogs
843 ARTIKEL BARU

Kemenangan Besar BN Sangkal Dakwaan Faisal Syam

Kolumnis 1
Typography

KUCHING - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 pada 7 Mei lalu yang bersandarkan kepada imej dan populariti Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Adenan Satem menyangkal penuh dakwaan penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis yang disiarkan di portal Free Malaysia Today sebelum ini.

Dalam artikel bertajuk 'Populariti Adenan bukan tiket BN menang mudah', Faisal Syam memberitahu populariti Adenan tidak menjamin untuk diterjemahkan di dalam bentuk undian.

"Walaupun Adenan popular, tetapi terlalu cepat untuk kita membuat penilaian. Terdapat banyak isu yang wujud masa ini yang belum diselesaikan kerajaan Pusat yang masih boleh mempengaruhi pengundi-pengundi rakyat di Sarawak,” katanya dalam satu forum mengenai Pilihan Raya Sarawak yang dianjurkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pencapaian di luar dugaan BN ini dengan mencatat kemenangan 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding sasaran sekitar 60 ke 70 kerusi DUN membuktikan rakyat Sarawak kini matang dalam berpolitik.

Isu nasional seperti skandal yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kos sara hidup dan unsur rasuah yang diperkatakan pensyarah UKM itu mahupun dibawa pembangkang sedikitpun tidak mempengaruhi pemikiran rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Kekalahan Democratic Action Party (DAP) di 5 kawasan bandar menidakkan kenyataan Faisal Syam bahawa BN sukar untuk 'merampas' kerusi DUN di kawasan bandar.

Hakikatnya, BN bukan sahaja menang di kerusi yang diwakili DAP sebelum ini malah berjaya membolot 10 kerusi DUN baru hasil daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Malah, kejayaan mengekalkan kemenangan di kebanyakan kawasan luar bandar membuktikan rakyat Sarawak masih dahagakan pembangunan yang hanya mampu dibawa BN berbanding pembangkang yang hanya pandai menyalak dan menyalahkan kerajaan.