17
Sel, Okt
781 ARTIKEL BARU

Rafizi MP Pandan Melawak Lagi Di Parlimen

Kolumnis 1
Typography

Menyaksikan sidang Parlimen kadang-kadang menghiburkan seperti menonton sarkis. Telatah Ahli Parlimen Pembangkang tidak pernah buat saya kering gusi. Namun ada juga pembohongan yang mereka lakukan, cukup meyakinkan, seolah-olah ianya benar. Izinkan saya bicara tentang pelawok popular dari Pandan, Rafizi Ramli.

Dari semalam tersebar di laman sosial kenyataan Rafizi membelasah Bajet 2016 yang mempersoalkan perbelanjaan Perdana Menteri yang meningkat. Rafizi turut mempertikai janji PM untuk memulangkan BR1M kepada rakyat dengan menuduh kerajaan mengutip cukai daripada rakyat sebanyak RM19.00 sehari, tetapi hanya memulangkan RM 0.14 sehari dalam bentuk BR1M. Mari kita lihat samada Rafizi ini memang tak tahu mengira atau pakar menipu rakyat.

Pertamanya saya nak tanya, Rafizi ni tahu ke beza Jabatan Perdana Menteri dengan Pejabat Perdana Menteri? Nampak sangat beliau tak tahu. Untuk makluman Rafizi, Pejabat Perdana Menteri (PMO) adalah pejabat rasmi kepada Perdana Menteri yang menguruskan urusan rasmi dan politik Perdana Menteri. Jabatan Perdana Menteri pula adalah sebuah badan induk kerajaan yang terdapat pelbagai jabatan, suruhanjaya dan agensi di bawahnya.

Ada 8 buah suruhanjaya, 5 agensi pusat dan 51 jabatan di bawah JPM. Antaranya adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Jabatan Perkhidmatan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Audit Negara, Parlimen Malaysia, Jabatan Perangkaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Istana Negara, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Unit Pemulihan Pasca Banjir dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Kebanyakan agensi ini bukan buat aktiviti politikpun.

Mungkin Rafizi tidak sedar bahawa Kerajaan telah buat banyak penambahbaikan dalam soal pengurusan banjir dan bencana alam. Ini telah menyumbang kepada pertambahan peruntukan sebanyak RM 1.3 billion (7%) iaitu daripada RM 19 bilion kepada RM 20.3 bilion. Selain daripada itu juga terdapat agensi-agensi di bawah JPM ini memerlukan lebih banyak dana untuk beroperasi. Khususnya agensi yang terlibat dalam soal keselamatan dan bencana seperti APMM, MKN, ESSCOM, JPAM dan Unit Pemulihan Pasca Banjir.

Tahukah Rafizi, peruntukkan 3 kali ganda berbanding tahun 2008 untuk JPM Ini kerana terdapat beberapa agensi baru di bawah JPM yang tidak ada pada tahun 2008 seperti ESSCOM umpamanya. Agensi-agensi ini ditubuhkan berdasarkan keperluan semasa dan terdapat juga tanggungjawab kementerian lain yang diserapkan kepada Jabatan Perdana Menteri. Tambahan pula, ada juga agensi-agensi sedia ada seperti APMM, JPAM dan SPRM juga turut diperbesarkan dan diberi peruntukan untuk memiliki aset baru.

Kalau tak tahu beza diantara Pejabat Perdana Menteri dengan Jabatan Perdana Menteri kira ok lagi. Tapi yang paling mengelikan hati saya bagaimana akauntan pekak ni boleh kata rakyat membayar GST sebanyak RM19 sehari, sedangkan BR1M yang mereka dapat untuk 2016 cuma RM1,000. Ini jelas merupakan pembohongan yang paling dasyat abad ini. Cuba kita teliti apa Rafizi cakap-

Kalau Rakyat Bayar GST RM 19.00 Sehari Bermakna : RM 19.00 X 30 hari = RM 570 Sebulan Sedarkah Rafizi RM570 x 100 ÷ 6 (% GST) = RM 9,500.

Rafizi kata rakyat Malaysia berbelanja untuk beli barangan kehendak yang berGST (tidak termasuk keperluan asas yang tiada GST) adalah sebanyak RM 9,500 sebulan!! Kalau belanja untuk barangan berGST sebanyak itu, berapa pendapatan rakyat Malaysia ya? Apa Rafizi ingat semua rakyat Malaysia jutawan ke? Cukup-cukuplah menipu wahai Rafizi. Kamu ni betul-betul bikin malu akauntan-akauntan di negara ini. -Layar Lara DJY