17
Sel, Okt
781 ARTIKEL BARU

Kerajaan Sarawak Peruntukkan 10% Daripada Tanahnya Untuk Taman Simpanan Semula Jadi Dan Santuari Haiwan

Kolumnis 1
Typography

Kerajaan Sarawak komited untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada tanahnya untuk taman simpanan semula jadi dan santuari haiwan.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem berkata tanah simpanan itu boleh menjadi kawasan rekreasi untuk orang ramai, dan pada masa yang sama, memelihara flora dan fauna.

"Kita mahu memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada kawasan tanah Sarawak untuk taman negara, santuari haiwan, hutan simpan dan hutan yang dilindungi sepenuhnya," katanya.

Sebelum ini kerajaan Sarawak hanya mewartakan sejumlah 800,000 hektar sudah berjaya diwartakan sebagai kawasan terbabit dengan 600,000 hektar di kawasan daratan manakala 200,000 hektar di kawasan lautan.

“Asalnya kami mensasarkan mewartakan sebanyak 1 juta hektar kawasan negeri ini sebagai taman negara, kawasan perlindungan haiwan dan hutan simpan, tetapi Ketua Menteri Sarawak meminta keluasan itu ditingkatkan kepada 10 peratus lagi atau mencecah 1.2 juta hektar”, kata Menteri Muda Alam Sekitar Datu Haji Len Talif Salleh.

Sasaran 1.2 juta hektar terbabit juga boleh dicapai kerana keseluruhannya seluas RM1.5 juta hektar kawasan di negeri ini sudah dikenal pasti berpotensi diwartakan sebagai taman negara, kawasan perlindungan haiwan dan hutan simpan sejak 10 tahun lalu.

Sejak 10 tahun lalu, hanya 800,000 hektar sahaja sudah diwartakan dari keseluruhan 1.5 juta kawasan yang telah dikenal pasti berpotensi menjadi taman negara dan kawasan perlindungan lain.

Antara dalam cadangan mewartakan Taman Negara Bakau Limbang, sekitar empangan Bengoh di Padawan dan Batu Lawi di Tanah Tinggi Kelabit di Bario, manakala sebanyak 31 kawasan di negeri ini sudah dijadikan Taman Negara dan kawasan perlindungan lain.

Kerajaan Sarawak amat prihatin tentang alam sekitar dan keperluan mengekalkannya untuk generasi sekarang dan akan datang.

Seiring dengan kemajuan negeri, setiap bandar di negeri itu perlu mempunyai kawasan simpanan semula jadi sebagai tempat untuk orang ramai mencari kedamaian dan ketenangan.

 

Dalam menyokong inisiatif itu, Petronas dan Shell menyumbang RM5 juta setiap satu untuk pelbagai inisiatif pemuliharaan yang akan dilaksanakan dalam kawasan seluas 88.5 hektar dan diuruskan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak.