23
Sel, Mei
720 ARTIKEL BARU

Apakah Nurul Izzah Akan Saman Kerajaan Negeri Sarawak?

Kolumnis 1
Typography

Bermula petang semalam hingga ke hari ini, ramai netizen di media sosial mengecam tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah yang mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Sarawak dalam menghalang beliau datang menjejak kaki di bumi kenyalang.

Nurul Izzah yang tiba dari Kuala Lumpur kira-kira jam 4.00 petang semalam dengan menaiki pesawat Air Asia (AK5210). Bagaimanapun, beliau dipaksa meninggalkan Sarawak pada hari yang sama 40 minit kemudian dengan menaiki syarikat penerbangan yang sama.

Difahamkan Nurul Izzah dihalang memasuki Sarawak dengan tertakluk kepada Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 selaras dengan kehendak Seksyen 66 akta yang sama.

Ini bukan kali pertama Sarawak menggunakan seksyen ini dalam menghalang mana-mana pemimpin atau individu yang dirasakan boleh menganggugugat keharmonian kaum di Sarawak.

Malah, sebelum ini Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Adenan Satem pernah mencabar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman Kerajaan Negeri Sarawak berhubung penggunaan seksyen yang sama semasa menghalang kemasukan Naib Presiden PKR Tian Chua daripada memasuki Sarawak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Balingian, Mac 2014.

Tegas Adenan, Sarawak tidak memerlukan campur tangan orang luar untuk menentukan hala tuju dan masa depannya dan orang luar tidak perlu datang ke negeri ini untuk menimbulkan kekacauan. 

“Negeri ini sudah cukup aman, malah rakyatnya hidup bersatu dalam suasana penuh harmoni walaupun berbeza kepercayaan agama dan etnik budaya.

 

Tidak mustahil sekiranya lebih ramai pemimpin dan individu daripada luar Sarawak akan menerima nasib yang sama sekiranya masih enggan dan tidak menghormati undang-undang Sarawak.