17
Kha, Ogs
857 ARTIKEL BARU

Chong, Julian Hanya Didakwa Di Mahkamah, Bukannya Ditangkap Dan Disaman

Kolumnis 1
Typography

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chien Jen dan Ahli Parlimen Stampin Julian Tan mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyertai perhimpuan BERSIH 4.0 yang diadakan pada 29 Ogos lalu.

Berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan DAP Sarawak yang mana kedua-dua pemimpin mereka itu ditangkap dan disaman di mahkamah.

Ini tidak benar sama sekali dan tindakan DAP Sarawak yang cuba memanipulasi berita tersebut bertujuan mengelirukan rakyat dan ingin menonjolkan mereka ini wira rakyat.

Kedua-dua pemimpin DAP Sarawak itu dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM5,000 berserta seorang penjamin yang bermastautin di negeri ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell menetapkan 14 Januari depan sebagai tarikh pengurusan kes manakala perbicaraan semula akan dijalankan pada 3 dan 4 Mac 2016.

“Bahawa kamu bersama beberapa orang yang masih bebas, pada 29 Ogos 2015 di antara lebih kurang jam 2.00 petang hingga 3.00 petang bermula dari hadapan Hotel Hilton Kuching, Jalan Borneo melalui Jalan Tunku Abdu Rahman, Jalan Tabuan, Jalan Bank Hock sehingga ke Padang Song Kheng Hai, di dalam Bandaraya Kuching, di dalam Negeri Sarawak telah menyertai suatu protes jalanan bagi maksud memajukan suatu tujuan berkaitan Perhimpunan Bersih 4 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama”.

Chong, 44, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa dan Tan, 33, dituduh menyertai perhimpunan BERSIH 4.0 pada 29 Ogos lalu, antara jam 2 hingga 3 petang dari sebuah hotel di Jalan Borneo melalui Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tabuan dan Jalan Ban Hock.

Namun, terdapat beberapa peserta yang dipercayai terlibat sama masih bebas.

Pertuduhan terhadap Chong dan Julian Tan dibacakan mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 and boleh dihukum di bawah Seksyen 493 akta sama.

Kedua-dua tertuduh boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 jika didapati bersalah.

Tertuduh diwakili oleh sekumpulan peguam yang diketuai oleh Penasihat DAP Sarawak Chong Siew Chiang, Yap Hoi Liong (ADUN Dudong), Wong King Wei (ADUN Padungan) dan Alan Ling (ADUN Piasau).

Sementara pihak pendakwa raya diwakili Muhammad Iskandar Ahmad, Mohammad Taufik Md Yusof dan Poh Yoh Tinn.

Chong dan Tan telah dijamin masing-masing oleh Chong dan Yong Kim Mai.