17
Sel, Okt
781 ARTIKEL BARU

DAP, PKR Bertembung Sesama Sendiri Di DUN Batu Kitang?

Kolumnis 1
Typography

Episod ‘perebutan’ kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bukanlah perkara baru bagi parti-parti pembangkang menjelang pilihan raya.

Terbaru, DUN baru iaitu DUN Batu Kitang kini menjadi rebutan antara DAP dan PKR yang masing-masingnya sudah mengenal pasti calon yang akan bertanding di kerusi tersebut.

Biarpun bersama dalam satu ‘Pakatan’ sama ada Pakatan Rakyat atau Pakatan Harapan, agenda dan kepentingan politik parti mendahului kerjasama ‘Pakatan’.

Adalah tidak mustahil senario pertembungan kerusi DUN antara parti-parti dalam ‘Pakistan Harapan 2.0’ Sarawak yang dianggotai DAP, PKR dan AMANAH akan bertembung sesama sendiri pada saat akhir hari penamaan calon PRN Sarawak Ke-11 kelak.

Beberapa kenyataan pemimpin DAP dan PKR berhubung mereka akan memuktamadkan pembahagian kerusi DUN yang akan ditandingi hanyalah ‘suatu berita’ untuk menggembirakan seketika penyokong mereka.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, Chong Chieng Jen menegaskan parti itu tidak akan melepaskan DUN Batu Kitang kepada rakannya PKR.

Menurut Chong, kerusi berkenaan adalah kawasan yang dipecahkan daripada DUN Kota Sentosa dan Batu Kawa, yang kedua-duanya dimiliki oleh DAP.

Justeru, perkara itu tidak perlu dipertikaikan dan tiada keperluan untuk mengadakan perbincangan lanjut seperti yang dimahukan PKR.

Sebelum ini, PKR telah mempertaruhkan Naib Pengerusi Wanita PKR Pusat Voon Shiak Ni sebagai calon mereka di DUN Batu Kitang.

Malah, ketika ini Voon sedang sibuk meraih sokongan daripada pengundi di DUN Batu Kitang dan begitu juga dengan DAP yang telah menggerakkan jentera mereka menerusi Abdul Aziz Isa.

 

Apakah DAP akan membenarkan PKR bertanding di DUN Batu Kitang? Juga, apakah PKR boleh menyaingi DAP untuk memenangi kerusi baharu itu dan sekaligus mengalahkan BN?