21
Sel, Nov
904 ARTIKEL BARU

Adenan Beri Jaminan Perkataan ‘Allah’ Boleh Digunakan Asalkan Digunakan Dengan Rasa Hormat

Kolumnis 1
Typography

Penduduk pelbagai kaum dan agama di Sarawak berasa lega apabila Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Adenan Satem memberi jaminan bahawa masyarakat bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Penggunaan perkataan ‘Allah’ hendaklah digunakan dengan penuh rasa hormat dan sanjungan.

Jaminan itu diberikan kepada seluruh rakyat Sarawak tanpa mengira agama dan bangsa.

Rakyat Sarawak juga digesa sentiasa menghormati kepercayaan masyarakat lain.

"Saya memberi jaminan sebagai Ketua Menteri Negeri Sarawak yang beragama Islam, anda bebas mengamalkan agama anda seperti mana yang anda mahu, saya tidak akan memberitahu bagaimana anda harus mengamalkan agama anda," katanya.

Beliau juga menegaskan isu kalimah Allah tidak dipolimikkan di Sarawak.

“Dan izinkan saya sekali lagi memberitahu rakan-rakan Kristian kita di Sarawak bahawa tidak ada kitab Injil akan dirampas daripada anda dan tidak ada halangan penggunaan kitab Injil di kalangan penganut Kristian di Sarawak.”

"Ini Sarawak, bukan Semenanjung Malaysia. Kita jangan ikut amalan masyarakat di Semenanjung Malaysia."

 

Tegasnya masyarakat Sarawak menghormati kebebasan beragama dan saling menghormati agama lain.