21
Sel, Nov
904 ARTIKEL BARU

Adenan Bertegas Hudud Tidak Akan Dilaksanakan Di Sarawak

Kolumnis 1
Typography

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Adenan Satem sebelum ini pernah beberapa kali menegaskan bahawa undang-undang hudud tidak akan dikuatkuasakan di Sarawak.

“Saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di Sarawak dan kita harus berhenti daripada mencanangkan mengenai perkara itu sekarang,” katanya.

Sebelum ini DAP kerap kali memainkan isu hudud yang bertujuan memberikan gambaran yang tidak benar kepada rakyat yang bukan beragama Islam dan mencemar imej kerajaan Sarawak dalam isu ini.

 

Ini kerana Sarawak merupakan sebuah negeri yang besar dan mempunyai banyak kaum dan suku kaum yang masih mengamalkan budaya dan agama sendiri, dan adalah tidak sesuai melaksanakan hukum hudud ini.