17
Sel, Okt
781 ARTIKEL BARU

Walaupun Rekod Buruk, WSJ Tetap Ghairah. Kenapa?

Kolumnis 2
Typography
NAMPAKNYA Wall Street Journal (WSJ) tetap tidak berganjak mempertahankan laporannya dalam isu 1MDB. Kenapa WSJ begitu berminat menumpukan perhatian terhadap Malaysia dan kepemimpinan negara ini?
 
Ini tidak dapat dijawab dengan jelas, kecuali menyusul beberapa andaian termasuk kemungkinan wujud `orang dalam’ dari Malaysia yang mungkin telah membocorkan atau menyampaikan maklumat salah kepada WSJ.
 
WSJ tentu sekali berasa ghairah apabila isu 1MDB muncul. Penyusulan laporannya dari hari ke hari kini  tertumpu kepada `investigative journalism'  terhadap Perdana Menteri Malaysia. 
 
Apa sebabnya? Hal ini berpunca daripada `pembesaran berita’ 1MDB yang jumlahnya itu memang diakui paling besar dalam `sejarah kewartawanan dan sebarang skandal’ yang lain.
 
Tetapi bagaimana WSJ dan Sarawak Report memperoleh butiran seperti yang dikeluarkan itu tetap menjadi tanda tanya. Tentang duit, amaun dan bank. Ini tidak dapat dijawab. Spekulasi hal ini berlegar-legar sama ada  tepat dan  tidak tepat.
 
Oleh kerana kaitannya dengan beberapa data dari Malaysia, terutamanya kenyataan daripada Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Mac lalu di Parlimen berhubung  wang yang dikatakan masuk ke dalam akaun di Singapura.  
 
Dan kemudiannya dipinda kepada RM700 juta itu dalam bentuk aset dan dikatakan masuk ke dalam akaun di Kuala Lumpur, maka  perkara ini memang jelas telah  menarik perhatian media-media asing. 
 
Cuma isunya, adakah maklumat atau laporan itu benar? Benarkah duit itu masuk ke dalam akaun  Perdana Menteri secara peribadi?
 
Namun, mengenali WSJ, tindak-tanduknya di masa lepas tetap tidak boleh menyembunyikan agenda jahatnya.  Di rantau ini, Singapura pernah menjadi mangsanya. Pada 2008, WSJ cuba menimbulkan keraguan terhadap integriti badan kehakiman republik itu. Natijahnya, WSJ kalah kes saman terhadap laporannya dan terpaksa memohon maaf. 
 
Empat tahun kemudian, WSJ yang berpangkalan di Amerika Syarikat ini melaporkan pula penglibatan Sam Bacile (Israel-Amerika) di sebalik pembohongan filem berkaitan Nabi Muhammad SAW. Realitinya, Sam Bacile tidak wujud dan WSJ terpaksa memperbetulkannya. 
 
Dalam isu 1MDB, demikian juga apabila laporan WSJ jelas tersasar dengan merujuk PetroSaudi berpangkalan di Abu Dhabi sedangkan jelas merupakan syarikat Arab Saudi.  
 
Mengamati isu 1MDB, aspek kedua pula berkisar kepada dakwaan kemasukan wang RM42 juta ke dalam akaun peribadi Perdana  Menteri yang tidak dapat disahkan. Melainkan Ambank yang dikaitkan ada menjalan urusan dengan 1MDB  mengeluarkan kenyataan.
 
Oleh kerana adanya undang-undang kerahsiaan bank, maka ini tidak dapat dijadikan fakta umum melainkan diketahui oleh pihak-pihak berkuasa di bawah undang-undang seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara.
 
Dengan keadaan begitu, faktor tanda tanya memang banyak dan ini tidak baik. Harus diketahui secara tepat sama ada laporan WSJ itu berupa kenyataan atau spekulasi.
 
Jika spekulasi, Perdana Menteri ada hak dan tanggungjawab menyaman WSJ. Oleh kerana Najib juga menyebut nama Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam 'rancangan Sarawak Report’ , maka itu kini menjadi isu besar.
 
Dalam soal ini, Najib  boleh menyaman malu  WSJ. Tetapi tindakan ini hanya boleh dibuat jika faktanya sudah ada.
 
Jika benar ada wang masuk ke dalam akaun Perdana Menteri secara peribadi, WSJ tidak salah 100 peratus. Mungkin amaunnya salah, tetapi faktanya ada. Daripada mana duit masuk? Perniagaan apa? 
 
Lunas-lunas penyiasatan oleh SPRM dan Bank Negara perlu ada. Penyiasatannya kini bukan satu dua perkara sahaja. Tetapi daripada banyak aspek. Antaranya, punca duit.
 
Sekali lagi, adakah duit 1MDB?