17
Kha, Ogs
857 ARTIKEL BARU

Hukum Membunuh Dalam Islam Dan Tangan Ketiga Yang Mendorong Kekejaman

Kolumnis 2
Typography

Mutakhir ini adanya pendakwaan bahwa Islam itu agama yang brutal, agama yang begitu mudahnya membunuh seseorang yang berlainan keyakinan dengan dalil kafir, sehingga darahnya halal dan tidak ada dosa bagi pelaku. Akibatnya muncullah sebuah pendakwaan terhadap Islam sebagai agama terorist. Namun perlu digaris bahawa, itu hanyalah sekelompok orang yang mempunyai penafsiran yang menyimpang di dalam Islam. Kerana pada kenyataannya tidaklah seperti itu ajaran Islam yang sebenarnya. Dapat kita lihat sebuah ayat al-Qur’an yang bermaksud :-

“Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerusakan dimuka bumi”. (QS. al-Maa’idah : 32) Sungguh sangat menyedihkan dewasa ini, kerap kali ditemukan pembunuhan terhadap jiwa-jiwa yang tidak berdosa demi kepentingannya sendiri. Sedang dalam Islam ditegaskan bahawa membunuh jiwa yang tidak berdosa itu sama halnya dengan membunuh semua manusia, ianya tidak boleh membayangkan bagaimana jikalau membunuh seorang muslim yang tidak berdosa. Dosanya seperti apa? Atau mungkin sama halnya ketika membunuh Malaikat, atau membunuh manusia suci seperti Nabi.

Dengan mudahnya pertumpahan darah terjadi, permasalahan kecil berujung pada perpecahan dan pemusuhan. Kita saksikan konflik syi’ah-sunni, yang hingga akhirnya menelan banyak korban nyawa, berapa banyak anak yang cacat, perempuan-perempuan banyak yang jadi janda dan lain-lain. Hanya sebuah kesalahfahaman di antara mereka sehingga melupakan aturan agama.

“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (QS. an-Nisa’ : 93)

Jikalau kita menyaksikan pembunuhan atas nama agama Islam tanpa ada alasan benar, maka itu hanyalah penumpang gelap dalam Islam. Sesungguhnya dia itu bukan umat Muhammad, bukanlah seorang Muslim. Kerana sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang sesungguhnya.

Namun semenjak 1948, dunia politik telah berubah. Kemuncak kekejaman itu memuncak dengan pembunuhan nekad keatas John F Kennedy, Presiden Amerika Syarikat. Ekoran itu dasar politik dunia telah diculik sekian rupa oleh pihak yang berserakah untuk memimpin dunia dalam bidang ekonomi dan juga ketenteraan. Agama semawi diperakperganda. Pelbagai program direkabentuk untuk menjustifikasikan perbuatan kejam mereka keatas mereka yang tak berdosa di seluruh dunia. Bermacam nama, corak muka dan wajah telah direka dalam dunia Islam dan luar supaya mereka akan berbalah antara satu sama lain dan agama lain. Dalam sedemikian situasi, pembunuhan merupakan intipati untuk mencapai matlamat mereka.

Sejarah dunia mungkin berbeza daripada apa yang telah berlaku sepanjang setengah abad yang lalu sekiranya Presiden John F. Kennedy tidak dibunuh. Keamanan dan kestabilan politik dunia lebih menyerlah apabila dasar luar John F. Kennedy atau JFK ini cenderung kepada hubungan yang baik termasuk dengan musuh dalam perang dingin, Kesatuan Soviet.

Banyak peristiwa yang berlaku selepas pembunuhan JFK pada 22 November 1963 mungkin tidak wujud sekiranya JFK diberi kesempatan yang lebih panjang untuk menguruskan sebuah negara yang angkuh dan sombong seperti Amerika Syarikat (AS).

JFK seorang reformis yang menyongsang arus pemimpin AS sebelumnya. JFK mewujudkan dasar luar yang sangat pelik bagi amalan Presiden dan kerajaan AS, antaranya untuk berbaik-baik dengan Kesatuan Soviet. Langkah ini mengganggu pengaruh dan kuasa Agensi Perisikan Pusat (CIA). Dalam diam CIA memusuhi Presidennya sendiri, apa lagi dasar luar mengenai Kesatuan Soviet telah menjejaskan kepentingan beberapa orang kuat CIA.

Perang dingin hanya berakhir selepas runtuhnya Kesatuan Soviet dan negara-negara blok komunis pada 1989. Tetapi sekiranya JFK masih hidup, perang dingin itu dijangka tamat pada 1965. Keruntuhan Kesatuan Soviet bukan disebabkan oleh AS tetapi realiti sosiopolitik dunia yang menolak komunisme dan memilih kapitalisme yang di adun corak pihak zionis untuk santapan pagi dan petang aliran ekonomi dunia.

Penganalisis politik menjangka sekiranya JFK tidak dibunuh, peristiwa yang memalukan AS iaitu perang Vietnam tidak akan berlaku. Campur tangan AS dalam hal ehwal Vietnam semata-mata untuk mengekang penguasaan komunis China di Asia Tenggara akhirnya memalukan AS apabila kalah dalam perang itu. Perang Vietnam menjadi mimpi ngeri AS, rakyat tidak merestui negara mereka campur tangan dan generasi muda dekad 1970-an bangkit membantah menerusi pergerakan sosial dan seni. JFK menolak sama sekali dasar campur tangan itu tetapi usianya pendek, pembelot dari Kesatuan Soviet, Lee Harvey Oswald menamatkan riwayatnya semasa melawat Dallas.

Sebahagian besar rakyat percaya motif pembunuhan JFK yang meninggalkan misteri hingga hari ini disebabkan dasar mahu berdamai dengan Kesatuan Soviet, kuasa besar komunis yang menjadi penghalang pengaruh Amerika Syarikat. Tapi disebalik tabir pengarah dan skrip telah diperanankan oleh dasar tangan tangan yang berlumuran dengan darah manusia yang berpusat di Tel Aviv.

Islam adalah musuh utama mereka sebab mereka tahu Islam akan menjadi penghalang utama. Oleh yang demikian, umat Islam disarankan bersatu membina kekuatan jatidiri, kekuatan ketenteraan, kekuatan ekonomi, kekuatan yang paling ampuh adalah kembali kepada ajaran AlQuran dan Sunnahnya Baginda Nabi Muhammad SAW.

Wallahua'lam.