KUALA LUMPUR - Mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah rendah dan menengah yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan untuk murid bukan Islam masih relevan untuk diguna pakai sejajar dengan kehendak kurikulum abad ke-21.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata transformasi kurikulum yang dilaksanakan kementerian itu dari masa ke masa dapat melahirkan pelajar yang berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir, kerja pasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, prihatin dan patriotik.

"Mata pelajaran Pendidikan Moral yang diperkenalkan kepada murid-murid bukan Islam di peringkat sekolah rendah dan menengah bertujuan untuk membentuk insan yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.

"Transformasi dalam kurikulum Pendidikan Moral mulai tahun lalu bermula dengan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu iaitu melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) serta Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Bashir Alias yang ingin tahu sama

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih belum bercadang untuk mewujudkan satu mahkamah khas bagi membicarakan kes-kes di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 setakat ini, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, kes-kes di bawah akta berkenaan setakat ini diputuskan diperuntukkan di bawah mahkamah sesyen untuk dibicarakan.

"Walaubagaimanapun samada mahkamah akan mewujudkan mahkamah khas tertakhluk kepada senarai kebanyakkan kes yang akan

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberikan satu pihak yang neutral iaitu mahkamah untuk menentukan samada sesuatu berita atau informasi itu tidak benar atau sebaliknya melalui proses undang-undang yang sewajarnya.

Menurut menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, kuasa telah diberikan kepada mahkamah untuk membuat perintah bagi menghapuskan apa-apa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar.

“Bagi tujuan permohonan perintah di bawah fasal

KUALA LUMPUR - Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018, yang menunjukkan keseriusan kerajaan menangani masalah penyebaran berita tidak benar dalam perkembangan teknologi moden.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S A Vigneswaran mengumumkan bahawa rang undang-undang itu diluluskan dengan suara majoriti setelah dibahaskan oleh 17 senator.

Ia dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said tengah hari tadi.

Azalina

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan ‘Vehicle Entry Permit’ (VEP) di sempadan Johor-Singapura dijangka akan dapat dimulakan pada penghujung bulan April 2018.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, buat masa ini sistem tersebut sedang menjalani ujian bersama dengan sistem e-wallet Tounh n’ Go bagi tujuan Caj Jalan (RC).

Tambah beliau, pelaksanaan VEP melibatkan kerja-kerja pengubahsuaian, pemasangan infrastruktur, pembangunan sistem dan integrasi sistem JPJ, PDRM dan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited melaksanakan transformasi pendidikan yang bermatlamat melengkapkan setiap murid dengan kemahiran baru untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad yang ke-21.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPM juga bertanggungjawab untuk menjayakan Aspirasi Malaysia melalui Transformasi Nasional 2050 yang dilancarkan Perdana Menteri pada 19 Januari 2017.

“Antara langkah utama KPM dalam transformasi ini ialah perubahan kurikulum

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia untuk menambah aset udara bagi tujuan operasi di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, penambahan aset itu akan mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di perairan pantai timur Sabah.

“ESSCOM adalah bertujuan untuk menyelaras pasukan-pasukan keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), APMM, dan

Lebih banyak artikel..