KUALA LUMPUR - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telahpun melaksanakan langkah-langkah dalam usaha pemuliharaan kawasan hutan akibat penerokaan, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri, antara langkah yang dilaksanakan adalah melalui pelaksanaan Program Pemulihan Kawasan Hutan Terosot yang telah dirangka bagi memastikan pemuliharaan kawasan hutan simpanan kekal yang terosot di negeri-negeri di semenanjung malaysia.

“Di bawah RMK-10, seluas 4,477 hektar kawasan terosot dalam hutan simpanan kekal berjaya ditanam dengan pelbagai sepsis pokok.

“Dan dalam RMK-11, sebanyak RM100 juta telah diluluskan untuk memulihkan kawasan seluas 1,640 hektar dalam hutan simpan kekal dan juga luar hutan simpan kekal.

“Peruntukan ini juga digunakan bagi membiayai kos penyelidikan dan pembangunan, bantuan kepada badan bukan kerajaan dan juga program kempen kesedaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Ahmad Nazlan bin Idris (BN-Jerantut) di Dewan Rakyat, hari ini.

 

KUALA LUMPUR - Tourism Malaysia telah mendapat hak ekslufif menggunakan penyerang kelab FC Barcelona, Luis Suarez yang amat popular di kalangan peminat bola sepak di rantau Asia khususnya di Indonesia dan China.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, pengaruh Suarez yang mempunyai pengikut seramai 25.3 juta di Instagram, 18.9 juta di Facebook dan 12.4 juta di Twitter boleh digunakan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kepada peminat bola sepak

KUALA LUMPUR - Kuasa yang diperuntukkan dalam Rang Undang Undang (RUU) Industri Pelancongan Akta 482 kepada Pesuruhjaya Pelancongan adalah bagi mengadakan satu prosedur baharu untuk membolehkan Pesuruhjaya Pelancongan mengendalikan kes-kes agensi pelancongan melaksanakan hukuman iaitu prosedur pergantungan lesen.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz, RUU ini perlu dipinda bagi melaksanakan hukuman kepada agensi pelancongan yang telah melanggar syarat-syarat lesen

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melakukan satu pindaan di peringkat jawatankuasa terhadap Seksyen 39B Akta 234 untuk memberikan kuasa budi bicara sepenuhnya kepada mahkamah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, notis pemberitahuan kepada Setiausaha Dewan berkaitan pindaan tersebut telah dihantar untuk memaklumkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Dadah Merbahaya (Pindaan) 2017.

“Cadangan pindaan ini adalah dengan mengambil kira pandangan dan cadangan

KUALA LUMPUR - Kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan kekal 6% selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), ujar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz.

Menurut beliau, kadar GST yang dilaksanakan sejak 1 April 2014 itu tidak akan dinaikkan, walaupun terdapat cadangan sedemikian.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi kerajaan tidak bercadang menaikkan lagi kadar GST daripada 6%, walaupun selepas PRU.

“Mungkin sesetengah pihak yang mencadangkan (kenaikan itu) atas sebab tertentu

KUALA LUMPUR - Semua aset dan bantuan menghadapi gelombang kedua banjir, khususnya di Pantai Timur berada dalam keadaan baik serta bersiap siaga pada skala 10 sepenuhnya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bantuan segera akan disalurkan melalui koordinasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di kawasan jajahan dan daerah yang terjejas ketika ini.

"Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) sekarang ini berada di dua negeri, Terengganu

KUALA LUMPUR – Lebih satu pertiga perkahwin pertama berakhir dengan perceraian atau perpisahan berlaku dalam tempoh lima tahun pertama perkahwinan, Dewan Rakyat diberitahu.

Justeru bagi memantapkan institusi perkahwinan dan kekeluargaan di Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melaksanakan program-program pra dan pasca perkahwinan khusus untuk menyediakan asas kukuh dalam membina sebuah keluarga bahagia terutama kepada pasangan-pasangan muda yang baru

Lebih banyak artikel..