KUALA LUMPUR - PTPTN telah membuat penambahbaikan sistem pinjaman kepada pelajar-pelajar terutamanya pelajar diploma yang mengambil pinjaman kedua, dengan menggunakan proses penggabungan hutang-hutang mereka, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, pelajar-pelajar hanya perlu membayar pinjaman tersebut selepas enam bulan tamat pengajian mereka.

“Oleh yang demikian mereka tidak akan ada masalah lagi dengan institusi kewangan, jabatan imigresen ataupun tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Haji Noor Azmi Bin Ghazali (BN-Bagan Serai) pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelas Idris lagi, penambahbaikan tersebut dilaksanakan melalui dua fasa iaitu fasa pertama selepas 6 April 2016 secara otomatik dan fasa kedua pada 1 Ogos 2017 di mana semua pinjaman diploma digabungkan dengan pinjaman selepas diploma secara otomatik.

PTPTN juga katanya menggunakan pendekatan boleh bincang sejak Mac lalu di mana sekiranya timbul sebarang isu berhubung PTPTN, para pelajar boleh menghubungi careline PTPTN: 03-21933000

“Melalui program

KUALA LUMPUR - Bersempena dengan pembukaan perkhidmatan MRT laluan Sg Buloh – Kajang, perkhidmatan bas perantara MRT telah diperkenalkan kepada orang ramai.

Menurut Menteri Pengkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, perkhidmatan bas perantara tersebut diperkenalkan bagi memastikan kelancaran serta keselesaan pengguna.

“Perkhidmatan ini disediakan untuk memudahkan pengguna MRT untuk berulang-alik meliputi kawasan 5km dari setiap stesyen. Dan Rapid Bus merupakan syarikat yang telah

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan menghalang cadangan syarikat penerbangan melarang hidangan minuman beralkohol dalam pesawat, ujar Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Pelaksanaannya merupakan keputusan syarikat penerbangan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) yang meminta kementerian menyatakan pendirian terhadap gesaan larangan hidangan minuman beralkohol dalam pesawat.

Menurutnya lagi

KUALA LUMPUR – Tugas mufti tidak lagi akan termaktub kepada hal yang berkaitan agama Islam di negeri masing-masing sahaja, Dewan Rakyat diberitahu.

Sebaliknya menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kerajaan bercadang untuk menaikkan taraf jawatan tersebut di seluruh negara sebagai Exco di negeri masing-masing bagi memberikan pandangan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri kelak.

“Kerajaan mencadangkan supaya mufti-mufti diberikan taraf Exco diperingkat

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Selangor digesa supaya tidak melengah-lengahkan lagi urusan pengambil alihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd. (Splash).

Menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, pentadbiran kerajaan negeri Selangor terlampau mempolitikkan isu tersebut sehingga mengakibatkan masalah air di negeri berkenaan sukar untuk diselesaikan.

Sehingga kini katanya kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Azmin Ali itu masih gagal untuk

KUALA LUMPUR - Kabinet sebulat suara bersetuju untuk membenarkan hakim mengenakan hukuman yang sesuai ke atas pengedar dadah dan bukan hukuman mati melalui satu pindaan kepada Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, kementerian dan agensi berwajib akan menyediakan satu memorandum untuk persetujuan jemaah menteri.

Beliau berkata kajian ke atas isu itu dijalankan melalui Pusat Pengajian Hukum dan Perundangan Antarabangsa

KUALA LUMPUR - Kes buli dan gengsterisme yang berlaku di sekolah secara relatifnya sangat kecil dan masih dalam keadaan terkawal.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berdasarkan rekod jumlah murid yang melakukan salah laku buli pada tahun 2015 ialah 0.06 peratus, tahun 2016 sebanyak 0.07 peratus dan 0.02 peratus pada tahun 2017 iaitu mulai Januari hingga Jun 2017.

“Saya ingin menegaskan bahawa kes-kes yang berlaku telah diambil tindakan sewajarnya oleh kementerian ini

Lebih banyak artikel..