KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa bersedia menerima pandangan secara terbuka daripada ahli Majlis Perundangan Islam (MPI) meskipun berbeza fahaman politik, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, ini kerana kerajaan meletakkan keutamaan kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan dari semua pihak

“Kita tubuhkan MPI hasil dari dialog sempena pertemuan tahunan ulama bersama Perdana Menteri pada 22 Disember 2008. 

“MPI ini berperanan untuk mengukuh serta mengeratkan kerjasama antara kerajaan dan cendekiawan Islam bagi membantu kerajaan supaya agenda transformasi mengikut landasan syarak.

“MPI dari pelbagai pihak tanpa ambil kira landasan politik dan pelbagai kluster boleh bagi pandangan kepada kerajaan walaupun berbeza parti politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas lanjut, Jamil berkata himpunan Majlis Ulama merupakan program tahunan bersama Perdana Menteri di mana ia merupakan platform utama dalam menghimpunkan semua pihak pelbagai bidang termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyasarkan pemasangan sebanyak sekurang-kurangnya 100,000 unit Lampu Jalan Kampung (LJK) di lebih 15,000 buah kampong di seluruh negara.

Di dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Abdul Manan Bin Ismail (BN-Paya Besar), KKLW memberitahu bagi pemasangan LJK di Parlimen Paya Besar, sebanyak 332 unit telah dimohon dan sedang dipasang di 53 buah kampong.

Ianya melibatkan DUN Panching, Lepar dan Sungai Lembing. 

Sementara kos

KUALA LUMPUR - Kelewatan mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dihadapi peniaga, adalah isu lama yang sudah diatasi, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, JAKIM sudah mempercepatkan proses pengeluaran sijil halal melalui kerjasama dengan Majlis Agama Islam negeri.

"Agensi kerajaan seperti SME Corp juga turut membantu mengeluarkan bantuan dalam bentuk geran untuk mempermudahkan syarikat kecil

KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka mencapai status negara tua pada tahun 2030 dengan jumlah warga emas seramai 5.80 juta orang atau 15.3 peratus daripada jumlah penduduknya.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan oleh kementeriannya bersama agensi lain selaras dengan Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara untuk mewujudkan warga emas yang berdikari dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Antaranya

KUALA LUMPUR - Penggunaan motosikal elektrik di atas jalanraya adalah dibenarkan sekiranya spesifikasi pembinaan dan penggunaannya mematuhi ketetapan melalui proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kementerian Pengangkutan di dalam jawapan bertulisnya kepada Tuan Ahmad Baihaki Bin Atiqullah (PAS- Kubang Kerian) menjelaskan merujuk kepada Seksyen 2, Akta Pengangkutan Jalan 1987 menyatakan bahawa kenderaan motor elektrik ditafsirkan sebagai mana – mana

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini telah menggunakan Peraturan Mesyuarat 62 untuk menarik semula Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan Dan Perceraian)(Pindaan) 2016 (Akta 164).

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, pindaan ini dibuat agar tidak berlaku percanggahan dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip doktrin stare decisis di mana keputusan Mahkamah tertinggi terhadap pentafsiran Fasal (4) Perkara

KUALA LUMPUR - Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai satu perancangan yang komprehensif untuk membangunkan industri halal, ujar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Komprehensif bermakna daripada promosi, pelaburan, perdagangan, perundangan dan insentif.

“Jadi ini satu kebanggaan kita dan kita telah berjaya umpamanya dalam bidang kewangan Islam menjadi nombor satu dalam dunia.

“Ekspresi kita adalah dalam bidang halal juga untuk

Lebih banyak artikel..