KUALA LUMPUR – Pihak pembangkang diberikan amaran supaya berhenti menuduh kerajaan mempergunakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi tujuan politik.

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharom, program PLKN diadakan semata-mata untuk melahirkan pelapis bagi menjaga keselamatan negara daripada ancaman musuh.

 “Jangan nak politikkan keadaan, kita buat semua ini adalah untuk keperluan keselamatan, kalau kita lihat untuk tujuan politik, kita bina PLKN di Teluk Kemang, BN pun kalah, Lumut? Pun BN kalah, di situ kita buat semua kem-kem besar yang ada.

“Jadi jangan ingat kita buat semua ini untuk tujuan politik sebab kita buat adalah bertujuan untuk jaga keselamatan negara, bukan untuk politik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Bajet 2018 bagi Kementerian Pertahanan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Pelaksanaan transformasi PLKN 2.0 dibuat pada 2016 selepas 10 tahun sebagai memenuhi keperluan Negara dan ekonomi global.

Pelatih yang terpilih akan melalui pengalaman baharu dalam Program Pembelajaran Bersepadu selama lapan minggu di kem terpilih di seluruh negara.

Selain itu, beberapa program memupuk nilai-nilai unggul seperti Cinta

KUALA LUMPUR - Cuti bersalin yang lebih panjang untuk bapa akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bahagia untuk didiami, ujar ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Menurut beliau, usaha menambah cuti bersalin untuk bapa tidak boleh dilihat secara negatif oleh sesebuah organisasi majikan, sebaliknya akan menyumbangkan peningkatan indeks kebahagiaan dunia kepada negara.

“Pada masa ini indeks kebahagiaan dunia menunjukkan 6.084 mata, Malaysia di tangga

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Muliah mencabar mana-mana pihak termasuk ahli parlimen yang mahu berdebat dengannya mengenai isu Perjanjian Malaysia 1963.

Menurut Pandikar, berdasarkan peraturan mesyuarat 15, beliau tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan isu Perjanjian Malaysia dibahas dalam sidang parlimen.

“Saya pro Sabah dan Pro Malaysia. Kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia pada 54 tahun lalu sebagai sebuah negara merupakan satu kebaikan.

“Oleh sebab

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  (KPWKM) bercadang mewujudkan pasukan khas bagi menyelesaikan masalah kanak-kanak yang tidak mempunyai status di negara ini, kata Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata kementerian itu juga akan bekerjasama  dengan Kementerian Dalam Negeri dalam usaha memastikan kesejahteraan dan kebajikan anak-anak golongan berkenaan.

"Kebanyakan anak-anak terbuang yang kami selamatkan tidak mempunyai dokumen pengenalan

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mensasarkan untuk membina 26 buah Pusat Kegiatan Warga Emas (PAWE) baharu pada tahun 2018.

Menurut Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk mewujudkan lebih banyak PAWE sebagai persediaan mengadapi negara tua menjelang tahun 2030 nanti.

“Setakat ini KPWKM telah berjaya mewujudkan 59 buah PAWE di seluruh negara.

“Kita telah menerima

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mahu semua ahli politik berhenti mempolitikkan dan memanipulasikan fakta berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kerana ia boleh menimbulkan kegelisahan rakyat.

Beliau berkata semua ahli politik dan anggota parlimen seharusnya mengetepikan warna parti dan perbezaan masing-masing serta bersikap rasional dalam membincangkan isu tersebut.

Tegas beliau, pada hakikatnya secara majoriti rakyat telah menerima

KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegaskan bahawa proses undian belah bahagian di Dewan Rakyat mesti berniat baik tetapi undian pada 20 November lalu mempunyai niat sebaliknya.

Menurut beliau, ketika undian Bajet 2018 bagi peringkat Jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada hari tersebut, ia di buat ketika sebahagian ahli-ahli parlimen dipercayai keluar untuk bersembahyang.

“Belah bahagian mesti ada

Lebih banyak artikel..