KUALA LUMPUR – Veteran DAP, Lim Kit Siang hari ini melenting apabila diajukan soalan berkenaan tempat kelahirannya oleh wartawan.

Tidak menjawab soalan yang diajukan wartawan tersebut, Kit Siang sebaliknya berdolak-dalik dan menyuruh wartawan supaya siasat sendiri perkara tersebut.

“Saya pernah menjadi pemberita, bila saya jadi pemberita,  kalau ada satu berita yang ‘trash’ (sampah), saya akan siasat. Jadi, siasat dahululah sebelum kemukakan soalan. Siasat dahulu.

“Otherwise it will reflect on your kewibawaan sebagai pemberita,” katanya.

Semalam Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao menggesa Kit Siang untuk menyatakan bukti tempat kelahirannya selepas timbul keraguan beliau dilahirkan di Malaysia.

Menurut Ramesh, hasil daripada carian laman sesawang 'wikipedia' yang dibuat pada 11 hari lalu yang tertera wakil rakyat DAP itu tiba ke Malaysia dari China pada tahun 1957 telah diubah suai.

"Kita dapat maklumat ini daripada veteren- veteren DAP sendiri pada 8 Januari lalu bahawa Lim Kit Siang ini tak lahir di Malaysia.

"Jadi saya dah beri kenyataan media kepada ahli Parlimen itu untuk menjelaskan tapi beliau tak menjawab soalan kita.

"Di dalam

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pilih bulu dalam menguatkuasakan tindakan undang-undang ke atas penyebar berita palsu samada mereka daripada kalangan penyokong pembangkang atau tidak, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, setakat ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengenal pasti sebanyak 2,000 akuan palsu dan daripada jumlah itu sebanyak 75 peratus daripadanya telah diambil tindakan manakala selebihnya disiasat.

KUALA LUMPUR - Pendedahan Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 mengenai pemohon melebihi had kelayakan yang mendapat rumah di bawah Program Perumahan Kos Rendah (PPKR) di Pulau Pinang, amat mengejutkan ADUN Pulau Betong Datuk Muhammad Farid Saad.

Beliau kesal ia berlaku kerana perkara itu langsung tidak selari dengan slogan kerajaan negeri yang kononnya mengamalkan pentadbiran yang cekap, telus dan akauntabiliti.

Perkara itu juga amat mendukacitakan kerana masih berlaku ‘kebocoran’ dalam sistem

KUALA LUMPUR – Penutupan beberapa Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditukar statusnya kepada kolej vokasional dan politeknik tidak akan mengakibatkan isu kekurangan guru, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Di seluruh negara IPG semuanya berjumlah 27. Cadangan untuk mengubah fungsi terhadap 10 IPGK, bermakna baki masih lagi 17 IPG yang masih ada di seluruh negara.

“Daripada 17 IPG ini, boleh menampung keseluruhan pengambilan guru dengan jumlah enrolmen keseluruhan yang

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017 yang bertujuan menggalakkan ketelusan dalam pempameran, pengiklanan atau sebutan harga atau caj.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin, pindaan tersebut membolehkan kerajaan melaksanakan Dasar Harga Terangkum (DHT) yang memastikan pengguna tidak dikelirukan atau dimanipulasi oleh peniaga termasuk peniaga dalam talian.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang untuk membina rumah PPR tidak melebihi 500 unit bagi setiap projek.

Menurut menterinya, Tan Sri Noh Omar, ia bagi mengelakkan masalah kesesakan dan kepadatan penghuni di kawasan PPR.

“Dalam mengelakkan masalah kesesakan atau kepadatan penghuni di kawasan PPR, kementerian bercadang untuk membina rumah PPR tidak melebihi 500 unit bagi setiap projek berbanding projek terdahulu yang tidak menetapkan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak pernah mengeluarkan permit teksi baru kepada syarikat sejak mengambil alih fungsi daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Sebaliknya menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, pada masa ini syarikat teksi akan dibenarkan meneruskan operasi menggunakan permit sedia ada.

“Mengenai keperluan kewujudan permit teksi syarikat, ingin dimaklumkan syarikat yang memiliki permit teksi turut telah

Lebih banyak artikel..