KUALA LUMPUR - Terdapat usaha untuk 'memfakirkan' rakyat yang giat berjalan di media sosial, tegas Pengerusi BNNBC, Tan Sri Shahrir Samad.

Menurut beliau, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu menanamkan pemikiran masyarakat sehinggakan mereka merasa miskin walaupun hakikatnya dari segi kemampuan rakyat ketika lebih baik berbanding dengan 10 tahun yang lalu.

"Saya harap diambil berat oleh semua rakyat Malaysia bahawa ada usaha-usaha nak menggalakkan pemikiran di mana rakyat rasa seolah-olah fakir, usaha untuk memfakirkan masyarakat supaya rakyat rasa macam mereka miskin. Padahal kemampuan dia lebih daripada kalau dibanding 10 tahun dulu, kita telah menambah kepada kemampuan kita.

"Usaha untuk memfakirkan pemikiran kita merasakan seolah-olah kita ini fakir berjalan melalui media sosial. Dan ini saya harap kita lebih berwaspada bahawa ini adalah satu hasutan, kalau kita nak galakkan orang rasa macam dia fakir dan juga miskin ini adalah satu usaha yang buruk dan merupakan satu hasutan," jelas Shahrir.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu subsidi minyak masak serta tindakan sesetengah peniaga yang menyorokkan bekalan minyak masak daripada

KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara (JAN) akan menyiasat semula 1BestariNet yang merupakan projek besar melibatkan Kementerian Pendidikan di zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajuinya.

Ia adalah susulan daripada permintaan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) supaya JAN melakukan audit susulan menyeluruh terhadap perkhidmatan 1BestariNet yang dikendali Kementerian Pendidikan.

JAN turut diminta supaya melaksanakan kajian keberkesanan projek 1BestariNet dan meneliti semua dokumen

KUALA LUMPUR - Seramai 5,615 orang telah menerima manfaat daripada skim Bantuan Geran Pelancaran yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, sejak pelaksanaannya pada tahun 2010 sehingga 2015, skim tersebut telah melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16.88 juta.

"Dalam tempoh enam tahun pelaksanaan 'productive welfare' dari 2010 hingga 2015

Sesi perbahasan Belanjawan Negara 2017 lewat malam semalam sekali lagi telah menyaksikan kebiadapan ahli parlimen pembangkang.

Kali ini, ahli parlimen Kapar, Manivanan Gowin pula cuba menyemarakkan api apabila menyebut pihak Kerajaan yang tidak mengawal kenaikan harga barang bakal mengakibatkan kanak-kanak menjual dadah di jalanan seperti di Brazil dan Mexico, manakala kaum wanita pula dikatakan bakal menjadi pekerja seks seperti di Thailand.

"Adakah Kerajaan Persekutuan ingin menunggu

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang meneliti kemungkinan untuk menggubal undang-undang khusus ke atas diskriminasi terhadap wanita.

Menurut menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, ia bagi memastikan Malaysia mencapai kesaksamaan gender seperti negara-negara maju yang lain.

"Malaysia merupakan negara ahli kepada Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW). Sehubungan itu, usaha kementerian adalah untuk memastikan tiada

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dicabar supaya tidak masuk dalam majlis mesyuarat ketika Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempengerusikannya.

Cabaran tersebut dibuat Pandikar memandangkan Lim tidak menghormati kedudukan Speaker yang dipilih di bawah Artikel 57 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.

"Saya amat kesal terhadap sikap YB (Yang Berhormat) Segambut (Lim) yang tidak menghormati kedudukan seorang Speaker yang di pilih di bawah Artikel 57 (1) (a)

KUALA LUMPUR - Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan beban pekebun kecil getah kesan daripada penurunan harga getah, selain memastikan bekalan bahan mentah berterusan kepada sektor pemprosesan getah dan hiliran demi kemampanan industri getah.

Di dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong menjelaskan mulai tahun 2016, Paras Harga Pengaktifan (PHP) IPG

Lebih banyak artikel..