KUALA LUMPUR - Kejayaan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara telah terbukti, sekali gus menyangkal tohmahan kononnya Malaysia adalah sebuah negara yang gagal, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pelan ekonomi kerajaan yang berpandangan jauh serta langkah proaktif yang diambil dalam melaksana keputusan penting telah membina daya tahan ekonomi negara untuk menghadapi cabaran luar.

"Ini telah terbukti apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus bagi suku pertama 2017. Prestasi ini disokong terutamanya oleh perbelanjaan sektor awam,"kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) yang ingin tahu tahap kebarangkalian Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 setelah mengambil kira unjuran Bank Negara Malaysia bahawa ekonomi negara akan kembali kukuh pada tahun ini dan unjuran Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa ekonomi negara akan kembali mantap.

Najib berkata baru-baru ini, IMF telah menyemak semula unjuran pertumbuhan

KUALA LUMPUR – Mesyuarat ke-12 Majlis Sumber Air Negara (MSAN) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membentangkan lima kertas cadangan yang merangkumi beberapa perkara berkaitan.

Antaranya, operator empangan mengguna pakai Garis Panduan Pengeurusan Keselamatan Empangan di Malaysia sebagai panduan pengurusan keselamaan empangan yang sistematik setanding dengan pengurusan empangan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, kerajaan juga mengenal

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan mendesak untuk menggubal Tatacara Disiplin Murid Peraturan-peraturan Pelajar (Disiplin Sekolah) 1959 dan Akta Kanak-Kanak, ujar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. 

Ini kerana katanya, mengikut laporan kementerian itu dan Kementerian Pendidikan berhubung kes buli melibatkan kanak-kanak sekolah menunjukkan trend menurun iaitu dari 0.08 peratus kepada 0.06 peratus dalam tempoh lima tahun dari 2012 hingga 2016.

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM219,543 juta dananya untuk membaik pulih dan menyelesaikan 32 projek rumah terbengkalai di seluruh semenanjung.

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar, hasil bantuan dana kerajaan itu telah memberi manfaat kepada 5,049 pembeli rumah untuk menduduki rumah mereka yang telah lama terbengkalai itu.

“Dari tahun 2009 sehingga 28 Julai 2017, 253 projek terbengkalai  perumahan swasta telah

KUALA LUMPUR - Sejumlah 82,672 usahawan muda dan desa telah mengikuti latihan dan kursus eUsahawan sejak Januari 2016 sehingga Jun 2017 di bawah program #YouCanDuit, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, daripada jumlah tersebut sebanyak 24,701 atau 30 peratus daripada peserta telah mula melaporkan jualan tambahan keseluruhan yang berjumlah sebanyak lebih dari RM88 juta.

Manakala bagi program eRezeki, bagi tempoh yang sama, sebanyak

KUALA LUMPUR – Seramai 16 tali barut telah dikenal pasti menyamar dan menjadi penyalur maklumat kepada  penjenayah antarabangsa untuk mengancam keselamatan Sabah, ujar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Justeru ujar beliau, kesemua tali barut tersebut kini sedang giat diburu oleh pihak berkuasa.

“Kita sudah edar dan sebar gambar semua tali barut ini bagi mengesan sekaligus menangkap mereka.

“Mereka ini dipercayai telah bekerjasama dan menjadi penyampai maklumat

KUALA LUMPUR – Hutang negara ketika ini bukan sahaja berada dalam lingkungan terkawal, malah kerajaan juga berjaya mengurangkan jumlahnya, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan berjaya mengurangkan jumlah hutang negara kepada 52.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), berbanding 54 peratus sebelum ini.

Katanya, kerajaan juga yakin mampu mengurangkan defisit fiskal negara daripada 6.7 peratus kepada sekitar tiga peratus pada

Lebih banyak artikel..