KUALA LUMPUR - Selaras dengan kedudukan ekonomi semasa serta mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat, MARA telah menaikkan had kelayakan pinjaman pendidikan berasaskan Sosio Economic Status (SES) keluarga pemohon.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pinjaman yang diberikan adalah berdasarkan kepada status sosioekonomi seperti pelajar daripada keluarga berpendapatan sebanyak RM8,000 sebulan dan ke bawah layak dipertimbangkan untuk menerima penajaan penuh meliputi yuran pengajian dan elaun sara hidup (ESH).

“Manakala bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan melebihi RM8,001 hingga RM15,000 sebulan pula layak dipertimbangkan untuk mendapat sebahagian daripada penajaan sahaja, sama ada yuran pengajian atau ESH,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Hasan Bin Malek (BN-Kuala Pilah).

Untuk pelajar yang keluarga berpendapatan RM15,001 ke atas pula jelas beliau hanya layak dipertimbangkan penajaan melalui lain-lain sumber seperti program kerjasama MARA dan bank-bank tempatan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan lain-lain.

 

KUALA LUMPUR – Malaysia dikategorikan sebagai negara beban Tibi sederhana, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, kadar insiden Tibi di negara ini kurang daripada 100 setiap 100,000 penduduk berbanding negara jiran yang mempunyai beban Tibi yang tinggi seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Di dalam usaha mengekang dan mengawal penularan Tibi, Malaysia ujar Subramaniam telah merangka Pelan Strategik Kebangsaan Kawalan Tibi yang selaras dengan garis

KUALA LUMPUR - Pelan ekonomi kerajaan yang berpandangan jauh serta langkah proaktif kerajaan melaksanakan keputusan penting telah membina daya tahan ekonomi negara untuk menghadapi cabaran luar, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, perkara ini terbukti apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6 peratus bagi suku pertama 2017.

Prestasi KDNK ini ujar beliau disokong terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta. 

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang mengadakan program secara holistik yang bersifat asimilasi terhadap pelarian etnik Rohingya Myanmar yang berada sementara di negara ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, ini kerana etnik Rohingya Myanmar yang berada di Malaysia telah diberi suaka politik yang diiktiraf Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui kad pelarian UNHCR yang diberikan.

“Program asimilasi ini bermakna, akhirnya etnik Rohingya ini akan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MBD) tidak mampu untuk membayar hutangnya  kepada syarikat Abu Dhabi.

Sebaliknya ujar beliau kelewatan tersebut berlaku disebabkan oleh masalah teknikal.

"Soal 1MDB kita telah keluarkan kenyataan..maka itu soal teknikal saja bukan sebab soal tak mampu bayar balik yang kita jangka tidak akan jejaskan soal keyakinan kepada ekonomi negara kita," katanya yang juga Menteri Kewangan.

Beliau

KUALA LUMPUR - Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu mengemaskini permohonan bantuan setiap tahun untuk kajian semula penerima bantuan yang layak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata semakan semula status penerima bantuan perlu dilakukan agar JKM di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat menentukan sama ada bantuan itu masih layak diberikan dan mengurangkan ketirisan bantuan daripada kerajaan.

“Memang menjadi

KUALA LUMPUR – Jumlah Subsidi yang ditanggung kerajaan dalam Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah sehingga 25 peratus daripada harga sebenar.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, subsidi tersebut diberikan untuk setiap unit rumah yang dibeli oleh penjawat awam.

“Nilai sebenar subsidi yang diberi adalah bergantung pada bilangan unit bagi sesuatu projek, jenis dan saiz/keluasan, harga sebenar setiap unit dan kumpulan sasar bagi unit yang

Lebih banyak artikel..