KUALA LUMPUR -  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berperanan untuk memastikan dua pesawat C-130 Hercules selamat bagi membantu operasi membawa pulang rakyat negara ini dari Yaman sekaligus menafikan dakwaan terlibat dalam operasi kenteteraan gabungan tentera yang dipimpin Arab Saudi untuk menyerang Syria.

Memetik laporan sebuah media UMNO, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai berkata, khabar angin mengatakan kononnya Malaysia terbabit dalam gabungan tentera bagi menyerang Syria adalah tuduhan yang  tidak masuk akal.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Rabu bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen PKR Batu Tian Chua yang mahu kerajaan menyatakan adakah benar Malaysia sebahagian daripada gabungan tentera itu dan jika benar kenapa Kementerian Pertahanan tidak mendapat kelulusan Parlimen.

Tambah Hishammuddin, walaupun ada latihan ketenteraan, tetapi ianya tidak bermakna ATM terlibat secara langsung dalam konteks operasi sebalik hanya pertahanan dan misi bantuan malah Malaysia menyokong usaha membanteras keganasan dari segi fahaman dan ideologi, namun bukan dari sudut ketenteraan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KUALA LUMPUR - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke sidang Dewan Rakyat bagi menjawab soalan berkaitan dengan ekonomi negara hari ini telah disalahguna oleh pemimpin pembangkang apabila beliau disoal mengenai soalan yang berkaitan peribadi.

Bagaimanapun tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah ditegur oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang disifatkannya amat melencong dari soalan asal dan langsung tidak berkaitan dengan ekonomi.

KUALA LUMPUR  - Dapatan kajian oleh firma audit Ernst & Young yang meletakkan Malaysia sebagai salah satu antara 10 negara paling korup tidak boleh digunapakai kerana laporan yang di sediakan mengandungi banyak kekeliruan.

Memetik laporan Umno Online, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, firma audit berkenaan menjalankan kajian mereka dengan bersandarkan syarikat tertentu sahaja dan bukannya secara menyeluruh .

   “Kajian itu hanya dibuat kepada lapan

KUALA LUMPUR – Berikut adalah sorotan penting sepanjang 2015 bagi persidangan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen Ke-13 tahun ini.

 
MAC:

9 Mac – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-13.

16 Mac – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh sebaik sahaja Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohonnya.

30 Mac – Rang

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, pengagihan semula spektrum pada jalur 900 Megahertz (MHz) dan 1,800MHz adalah untuk meningkatkan kualiti kelajuan perkhidmatan tanpa wayar termasuk liputan luas di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi perkhidmatan bergerak.

Menurutnya, langkah itu juga dilakukan supaya jalur spektrum boleh digunakan dengan lebih efisien dan saksama.

“Ia juga bagi memastikan pemberi perkhidmatan juga dapat menggunakan