KUALA LUMPUR – Jumlah Subsidi yang ditanggung kerajaan dalam Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah sehingga 25 peratus daripada harga sebenar.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, subsidi tersebut diberikan untuk setiap unit rumah yang dibeli oleh penjawat awam.

“Nilai sebenar subsidi yang diberi adalah bergantung pada bilangan unit bagi sesuatu projek, jenis dan saiz/keluasan, harga sebenar setiap unit dan kumpulan sasar bagi unit yang ditawarkan.

“Memandangkan penawaran rumah PPA1M diberi keutamaan kepada golongan yang berpendapatan bulanan RM10,000 ke bawah dan khasnya RM3,000 ke bawah, ia sekaligus membantu kumpulan B40 dan M40 dari kalangan penjawat awam untuk memilik kediaman sendiri,” katanya menerusi jawapan bertulis kepada Datuk Abdul Rahman Bin Mohamad (BN-Lipis).

Abdul Rahman di dalam soalannya meminta dinyatakan jumlah keseluruhan subsidi yang ditanggung kerajaan dalam PPA1M secara keseluruhan dan implikasinya terhadap golongan sasar B40 dan M40.

PPA1M adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. 

Di bawah skim ini, harga rumah ditetapkan tidak melebihi RM300,000 seunit selepas ditolak subsidi.

 

 

KUALA LUMPUR – Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang ditegur oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, supaya membaca Peraturan Mesyuarat sebelum mengemukakan soalan di Dewan Rakyat.

Teguran dibuat selepas Kit Siang bangkit bertanya soalan tambahan kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, mengenai bilangan buku dibaca oleh semua menteri dalam masa sebulan.

Mahdzir yang ketika mahu menjawab dicelah oleh Ismail yang berkata;

"Yang berhormat

KUALA LUMPUR – Sejumlah 53,285 perniagaan online yang berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sehingga 10 Julai 2017 yang meliputi perniagaan, syarikat dan perkongsian liabiliti terhad.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong, bagi menggalakkan pematuhan pendaftaran perniagaan dan pengenalan kepada perniagaan online, SSM turut menganjurkan Karnival SSM-ONE (Online Networking Entrepreneurs) di seluruh negara.

“Bagi peringkat

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada anak pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) etnik Rohingya Myanmar yang lahir di Malaysia.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, semua pemegang kad UNHCR termasuk etnik Rohingya Myanmar bebas bergerak di semenanjung Malaysia, bebas mengamalkan budaya dan kepercayaan agama, mendapat potongan harga caj di hospital kerajaan sebanyak 50 peratus

KUALA LUMPUR - NGO atau individu yang berminat untuk memberi sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota digesa berhubung dengan pihak kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd Dun, ia bertujuan untuk memastikan penyaluran bantuan makanan dapat diuruskan secara sistematik.

“Kerajaan tidak menghalang mana-mana NGO atau individu yang berminat untuk memberi sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota.

KUALA LUMPUR - Mulai Januari 2013, semua pesara kerajaan boleh menikmati pemberian kenaikan tahunan pencen sebanyak dua peratus pada setiap 1 Januari. 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, mulai Julai 2016 juga, pesara kerajaan yang telah berkhidmat 25 tahun dan ke atas turut menikmati kadar pencen terendah pada kadar RM950 berbanding RM820 sebelum ini.

“Skim pencen sektor awam adalah suatu skim pencen yang berasaskan kepada pekerjaan dan bukan berasaskan

KUALA LUMPUR – National Disaster Management Agency (NADMA) menyasarkan untuk berupaya memindahkan penduduk di tempat berisiko bencana lebih awal ke pusat bencana pada masa hadapan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, sekiranya dilaksanakan, ia mampu untuk mengurangkan masalah kemalangan dan yang seumpama dengannya.

“Untuk perancangan masa akan datang, kita nak pastikan supaya rakyat dapat berpindah lebih awal ke pusat bencana. Inilah yang kita kehendaki

Lebih banyak artikel..