KUALA LUMPUR - Projek Wi-Fi Komuniti (WK) yang disediakan kerajaan di kawasan luar bandar bertujuan membantu rakyat mendapatkan akses Internet secara kolektif dan setempat, ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau menjelaskan kemudahan WK merupakan inisiatif bersifat sementara dan bukan bersifat kekal sementara menunggu pembangunan infrastruktur yang membolehkan Internet diakses secara menyeluruh dibina.

"Projek ini akan ditamatkan sebaik sahaja akses Internet dapat dicapai dengan lebih baik dan menyeluruh oleh penduduk.

"Ertinya bila sampai ke satu tahap, jika kita berpendapat tempat itu sudah ada kemudahan Internetnya, maka ia (WK) tidak diteruskan lagi," katanya semasa menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya sehingga kini, sebanyak 3,209 WK telah ditamatkan perkhidmatan manakala 3,148 WK masih lagi beroperasi di seluruh negara. Sebanyak 1,761 lagi berada dalam peringkat pelaksanaan.

Projek WK yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia, dilancarkan pada tahun 2011 bertujuan menyediakan perkhidmatan Wi-Fi secara hotspot kepada penduduk setempat di luar

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga kini tidak menerima sebarang aduan atau laporan mengenai pemilikan dwikerakyatan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat memberitahu bahawa Jho Low juga tidak membuat sebarang permohonan pelepasan kewarganegaraan Malaysia.

"Berdasarkan semakan KDN, Jho Low adalah pemegang pasport Malaysia yang masih mempunyai tempoh sah laku," menurut KDN.

KDN menjawab pertanyaan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya)

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan berlangsung pada penghujung Mac ini bagi memutuskan tindakan yang akan dikenakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, sehingga kini kepimpinan parti tersebut masih belum memutuskan keputusan bersabit desakan untuk memecat kedua pemimpin itu dari terus menjadi ‘duri dalam daging’ parti UMNO meskipun banyak laporan

KUALA LUMPUR - Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke sidang Dewan Rakyat bagi menjawab soalan berkaitan dengan ekonomi negara hari ini telah disalahguna oleh pemimpin pembangkang apabila beliau disoal mengenai soalan yang berkaitan peribadi.

Bagaimanapun tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah ditegur oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang disifatkannya amat melencong dari soalan asal dan langsung tidak berkaitan dengan ekonomi.

KUALA LUMPUR - Pejabat Perdana Menteri tidak mengenakan sebarang larangan terhadap media dalam talian untuk membuat liputan program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, berkata namun begitu ada ketikanya Pejabat Perdana Menteri mengehadkan jumlah wakil media yang membuat liputan program perdana menteri atas sebab tertentu.

"Ini termasuklah kerana tempat majlis yang terhad, faktor

KUALA LUMPUR -  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berperanan untuk memastikan dua pesawat C-130 Hercules selamat bagi membantu operasi membawa pulang rakyat negara ini dari Yaman sekaligus menafikan dakwaan terlibat dalam operasi kenteteraan gabungan tentera yang dipimpin Arab Saudi untuk menyerang Syria.

Memetik laporan sebuah media UMNO, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai berkata, khabar angin mengatakan kononnya Malaysia terbabit dalam gabungan tentera bagi

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, pengagihan semula spektrum pada jalur 900 Megahertz (MHz) dan 1,800MHz adalah untuk meningkatkan kualiti kelajuan perkhidmatan tanpa wayar termasuk liputan luas di kawasan luar bandar dan pedalaman bagi perkhidmatan bergerak.

Menurutnya, langkah itu juga dilakukan supaya jalur spektrum boleh digunakan dengan lebih efisien dan saksama.

“Ia juga bagi memastikan pemberi perkhidmatan juga dapat menggunakan

Lebih banyak artikel..