#Parlimen : ‘Debat Kami Wacana, Bukan Debat Budak-Budak’, kata Nazri

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz, bertegas menyifatkan debatnya dengan Pengerusi parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai berbentuk wacana dan bukannya bersifat kebudak-budakan.

Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu, pnyertaannya yang tidak mewakili parti Barisan Nasional (BN) berkata debat yang dijadual berlangsung di Padang Rengas, Perak itu bukan untuk menentukan siapa kalah atau menang.

"Mana ada (untuk tentukan siapa kalah atau menang) kerana saya difahamkan ia wacana.

"Oleh itu, tanya soalan, saya jawablah. Ini bukan debat budak-budak. Ini debat serius.

"Ini wacana, wa caya lu," katanya dalam nada sinis kepada pemberita di lobi Parlimen, sebentar tadi.

Sebelum ini, pada 12 Mac lalu, Nazri mengesahkan debat dengan Dr Mahathir akan diadakan di Padang Rengas, Perak bermula jam 3 petang, Sabtu ini.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, dilaporkan berkata, debat itu akan merangkumi isu berbangkit dalam negara seperti skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Dalam perkembangan lain, Nazri menolak dakwaan wabak selsema burung, H5N1 di China akan mempengaruhi ekosistem di Malaysia.

"Tidak (jejas)... burung itu akan terbang ke Malaysia juga bila tiba masanya, terutama menjelang musim sejuk di China.

 

"Ia tidak akan menjejaskan industri pelancongan kita," katanya.

loading...