#Parlimen : RUU 355 Dibahas Pada Sesi Akan Datang

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR – Proses membahaskan usul persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 di Dewan Rakyat akan disambung pada sesi yang akan datang, umum Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut Pandikar, ketetapan itu dibuat berdasarkan kepada kuasa yang ada padanya.

Dewan ditangguhkan pada 4 petang sebaik sahaja ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan selesai dengan ucapan menyokong usul yang dibawa oleh ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Terdahulu pada sesi pagi, Hadi yang juga Presiden PAS telah membentangkan usul tersebut dengan tujuan memperkasakan Mahkamah Syariah.