#Parlimen : Zahid Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Negara AS

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson di bangunan Parlimen.

Di dalam kunjungan hormat tersebut, Ahmad Zahid dan Tillerson berbincang dan bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan AS serta isu-isu serantau.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Untuk rekod, ini adalah lawatan pertama Tillerson ke negara ini sejak dilantik sebagai Setiausaha Negara di bawah pentadbiran Presiden AS, Donald Trump sejak 1 Februari lalu.