#Parlimen : FGV TIdak Hilang RM2 bilion, kata Razali

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hilang RM2 billion.

Memetik laporan Sinar Harian, beliau dipetik sebagai berkata, sebelum Jun 2012, FGV adalah syarikat penuh Felda dan koperasi Felda.

"Kita buat keputusan untuk jual saham kita sebanyak 66.33 peratus. Bukan kita beli tapi dijual dan itu dimaksudkan sebagai  penyenaraian.

"Jumlah 66.33 peratus itu memberi pendapatan kepada Felda sebanyak RM6 bilion. Keputusan itu memberi keuntungan kepada Felda dan RM4 bilion dibelanjakan untuk memberi faedah kepada peneroka," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Anuar Abdul Manap (BN-Sekijang) yang bertanyakan dakwaan bahawa FGV mengalami kerugian hampir RM2 bilion dalam pelaburannya sekaligus memberikan kesan negatif kepada FGV dan institusi Felda.

Jelas Razali, bila saham FGV naik, Felda tidak boleh mengambil keuntungan itu kerana pegangan 33 peratus tidak akan dilepaskan berikutan waktu penyeneraian kementerian telah membuat pajakan 350,000 hektar tanah kpd FGV selain memberi 72 buah kilang memproses dan lain-lain.

Tambahnya, waktu ada 33 peratus, kita bukan membeli saham, tetapi menjual 66 peratus untuk mendapatkan RM6 bilion.

"Jadi, 33 peratus tidak melibatkn sebarang pembiayaan.

"Daripada tempoh Jun 2012 hingga 2017, kita telah memperoleh dividen sebanyak RM581 juta. Kalau syarikat itu rugi mana mungkin mampu memberi dividen sebanyak itu. Dividen itu mampu diberi FGV jumlah keseluruhan 45 sen dan 33 peratus pegangan Felda beri pulangan 581 sen tidak termasuk 15 peratus untung daripada hasil ladang, tidak termasuk komitmen FGV yang membayar kepada Felda dan semua ini hasil perusahaan dalam meningkatkan perusahaan," katanya.

 

Justeru, beliau menegaskan FGV tidak hilang RM2 bilion, tetapi hanya mencatat kerugian berikutan harga saham FGV yang jatuh.