#Parlimen : Hubungan Malaysia-China Tidak Libat Ideologi Komunisme - KDN

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Hubungan Malaysia dengan China hanya bertumpu kepada pelaburan dan perdagangan dan tidak melibatkan ideologi komunisme yang diamalkan negara itu.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis Parlimen menjelaskan, seperti hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara lain, isu keselamatan tetap diberi perhatian bagi mengelakkan kemungkinan yang boleh menggugat kedaulatan dan kepentingan strategik negara. 

Menurut jawapan itu lagi, ini kerana ideologi itu terhad kepada sistem politik dan pemerintahan China.

“Justeru kerajaan tidak menganggap ideologi komunis yang diamalkan di China sebagai ancaman kepada negara.

“Sehingga kini, Malaysia dan China mempunyai hubungan yang cukup erat di mana China adalah antara rakan dagang yang penting dan terbesar bagi Malaysia,” kata kementerian itu.

Menurutnya lagi, China tidak melibatkan ideologi komunis dalam mana-mana hubungan dua hala dengan negara lain, termasuk Malaysia.