#Parlimen : Kerajaan Persekutuan Mempunyai Kebolehupayaan Bayar Hutang - Johari

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan kerajaan Persekutuan yang ditadbir oleh Barisan Nasional mempunyai kebolehupayaan untuk membayar hutang-hutang yang dibuat demi membangunkan negara.

Jelas beliau sehingga kini Malaysia tidak pernah lagi gagal bayar hutang dan ia disebabkan kedudukan ekonomi kita yang diiktiraf dunia berada pada paras yang terbaik.

“Saya nak bagi tahu hutang ini adalah kebolehupayaan untuk dibayar, kalau boleh dibayar tak kira apa percentage ‘we are able to pay’. Saya bagi contoh for comparison saya bukan cakap bawah percentage ini salah tapi for comparison.

“Kita tengok ekonomi Amerika sebuah negara yang triple A rating dia mempunyai GDP ASD$18 trilion tapi kalau tengok hutang dia ASD$19 trilion, kita tengok macam Jepun dia punya GDP ASD$4.9 trilion dia punya hutang hampir 500 peratus daripada dia punya GDP but ability to pay.

“Macam kita punya 50 siling kita 55% but so far Malaysia tidak pernah lagi gagal bayar hutang, tak pernah lagi gagal bayar interest sebab we still there tapi kalau ekonomi kita tidak mendapat penarafan yang bagus, kita tak urus dengan betul rating kita akan jatuh. Bila rating jatuh daripada A- ke B++ interest akan naik dan pinjaman akan meningkat. Jadi isu dia adalah ability to pay. That’s what we talk about hutang,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 di peringkat dasar bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, Isnin.

Johari turut memberi penjelasan perbezaan iaitu hutang Kerajaan adalah hutang yang dipinjam oleh kerajaan manakala hutang yang dipinjam oleh agensi seperti perbankan yang dikuasai kerajaan ia tidak termasuk dalam kerajaan.

Tambahnya dalam interpretasi pembangkang jika Bank Dunia atau IMF memberi hutang kepada seperti contoh bank CIMB jadi dia anggap ia adalah hutang kerajaan sedangkan pemilikan adalah hanya 30 peratus sahaja.

“Jika kita tengok apa sahaja hutang CIMB bank ia bersangkut dengan asetnya hampir 100 peratus sepadan dengan liabilitinya.

“Jadi dalam soal ini kita tidak boleh interpretasi hutang kerajaan dalam balanceship RM660 bilion kemudian kita tengok hutang di luar balanceship iaitu yang kita panggil ‘Government Guranteed’ di mana hari ini telah mencecah RM192 bilion.

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Ariffin yang bangun mencelah ingin mengetahui berapa hutang kerajaan di peringkat domestik dan di luar negara jelas Johari ketika ini hutang domestik 97% manakala hutang luar negara 3% dan dalam hutang domestik itu ada hutang non resident iaitu sebanyak 28%.

Selepas itu beberapa ahli pembangkang antaranya Ahli Parlimen PKR Gopeng Dr. Lee Boon Chye, Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali dan Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli terus-terusan bangun mempersoalkan keupayaan kerajaan dalam menanggung beban bon hutang termasuklah kontijen liabiliti yang dilihat bakal membebankan kerajaan seperti projek MRT dan Pan Borneo.

Walau bagaimanapun sindir Johari, pembangkang harus tahu membezakan cara operasi dan pengurusan sebuah syarikat dengan sebuah negara yang mengaplikasi dua pendekatan yang berbeza.

“Saya tengok banyak daripada kita tidak faham membangunkan negara dan kita operasi sebuah syarikat ia adalah dua perkara yang berbeza. Apabila membangunkan sebuah negara yang paling penting adalah melihat apa tujuan pinjaman itu dibuat.

“Jika pinjaman dibuat untuk membayar gaji ia adalah salah tetapi jika kita pinjam untuk membangunkan negara itu adalah betul sebab cuba kita lihat Amerika, Jepun they are develop country they are A++ rating, tengok dia punya GDP sebab itu saya cakap saya nak qualify saya punya statement pasal percentage ini tengok pada negara jiran kita Singapura dia punya GDP lebih tinggi daripada kita punya. Tetapi apa yang saya nak bagi tahu adakah Singapura tak mampu nak bayar its not a question the ability to pay bila boleh bayar pinjam untuk membangunkan negara sudah tentu ia dibuat.

“But now saya nak jawab Pandan (MP), kita punya ekonomi juga bersangkut paut dengan global kalau dulu Amerika punya interest rate low dan bila Amerika high the interest rate 3,4,5 kali itu memberi kepada supply and demand kepada kita punya bon. Kalau kita simpan kita punya bon sampai bila kita nak roll over. Kita kena tengok.

“Mengambil contoh situasi ketika Malaysia dilanda krisis kewangan 1998 interest naik sehingga 8-9 peratus dan ia mengambil kira situasi keadaan ekonomi ketika itu. Jadi adalah salah untuk membandingkan keadaan ekonomi pada tahun 1998 dengan ekonomi sekarang ini,” katanya lagi.

 

-BNBBC.MY