#MQT : Pembangunan Cerun, Lereng Bukit Musnahkan Ekosistem dan Ekologi P Pinang - Shahidan

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Pembangunan yang rancak selepas tahun 2008 telah memusnahkan ekosistem dan ekologi di Pulau Pinang dan perairan sekitarnya melalui pembangunan di cerun atau lereng bukit serta penambakan laut, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, struktur seperti parit dan saliran tidak dinaiktaraf seiring dengan pembangunan dan tidak dapat menampung kapasiti yang semakin meningkat.

“Infrastruktur parit dan saliran ini perlu dinaiktaraf dengan sewajarnya.

“Pengurusan kawasan tadahan hujan kerana pembangunan mengurangkan keupayaan tanah untuk menyerap air. Ini menyebabkan air larian bertambah.

“Dalam keadaan banjir baru-baru ini air turun bersama selut..airnya berwarna kuning. Inilah akibat pemotongan bukit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) pada waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.