#Parlimen : 4,096 Permohonan Sertai Program ‘Tukar’ - Timb Menteri

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR – Jumlah kedai runcit yang membuat permohonan untuk pinjaman bagi menyertai program ‘Tukar’ ialah sebanyak 4,096 sehingga kini, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong, daripada jumlah tersebut sebanyak 2,526 permohonan telah ditolak.

“Permohonan yang diluluskan pula ialah sebanyak 1,570 permohonan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya lagi, jumlah individu yang telah habis membayar balik pinjaman program Tukar ialah sebanyak 33 orang.

“Manakala peserta yang belum menyelesaikan pembayaran sepenuhnya ialah sebanyak 1,537 orang,” katanya.