#Parlimen : RM5.96 Bilion Baki Wang Tidak Dituntut - Timb Menteri

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR – Baki wang tidak dituntut sehingga 31 Oktober 2017 adalah sebanyak RM5.96 bilion, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang ini, kerajaan telah menganjurkan pelbagai kempen melalui media cetak seperti akhbar dan program bual bicara.

“Selain itu kita juga ambil bahagian dalam pameran booth, memberi penerangan kepada pengunjung, aktiviti bersama pelbagai agensi dan jabatan. 

“Selain daripada itu taklimat kesedaran secara berkala turut diadakan di semua pejabat akauntan negeri seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya lagi, mulai 2018 Electronic Government Unclaim Money Information System (E-GUMIS) akan diaktifkan bagi memudahkan rakyat mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut.