#Parlimen : Denda Sehingga RM500 Juta Jika Bocor Maklumat Peribadi - Jailani

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Sebarang bentuk penzahiran maklumat peribadi tanpa persetujuan pengguna data menerusi apa-apa platform termasuklah internet adalah merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 130 Akta Perlindungan Peribadi 2010 (Akta 709).

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari, sekiranya sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

“Sehingga kini sebanyak tiga kes telahpun didakwa di bawah Akta 709 dan kesemuanya telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

“Selain daripada tindakan mahkamah, jabatan turut proaktif dalam menjalankan aktiviti jangkauan kepada masyarakat awam bagi memupuk kesedaran berhubung tatacara pemprosesan data peribadi bagi tujuan komersil ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Teo Nie Ching (DAP-Kulai) di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya lagi, kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada hal ehwal berkaitan kerahsiaan dan perlindungan data peribadi setiap warganegara.

Justeru itu beberapa perundangan telah digubal demi menjaga kepentingan awam dalam negara melangkah maju ke hadapan ditunjangi paksi-paksi teknologi.