#Parlimen : DBKL Rancang Bangunkan Semula Pasar Besar Gombak - Timb Menteri

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merancang untuk membangunkan semula Pasar Besar Gombak sedia ada kepada sebuah bangunan baru yang lebih berdaya saing dan mudah dicapai oleh penduduk setempat, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan, pembangunan semula itu akan menempatkan komponen sedia ada seperti klinik kesihatan, pejabat kesihatan DBKL dan unit-unit penjaja sedia ada.

“Bagi tujuan mempertingkatkan kemudahan kepada masyarakat, bangunan tersebut akan dilengkapi dengan sebuah dewan serbaguna dan tempat letak kereta yang mencukupi,” katanya.

Di samping itu ujar beliau, sebahagian tapak akan dibangunkan unit kediaman Rumah Mampu Milik (RMM) dengan harga tidak melebihi RM300 ribu.

“Dengan adanya unit kediaman yang diintegrasikan dengan komponen yang disediakan, dijangkakan dapat memajukan ekonomi para peniaga,” katanya.

Tambah beliau, projek tersebut ketika ini dalam peringkat merekabentuk bangunan dan sesi ‘enagement’ bersama pihak yang terlibat sedang giat dilaksanakan.