#MQT : Kerajaan Pastikan Kebajikan Rakyat Terbela Jika Harga Minyak Cecah RM2.50 Seliter – Rahman Dahlan

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menafikan bahawa kesan kenaikan minyak adalah berkaitan dengan peningkatan indeks inflasi, namun meminta agar rakyat yakin bahawa kerajaan bersedia dengan sebarang langkah yang akan memastikan kebajikan rakyat kekal terbela, tegas Menteri di Jabatan Perdan Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau, dalam pada itu turut membidas pihak pembangkang yang tidak memberi sebarang komen dan pujian terhadap usaha kerajaan dalam memastikan harga minyak turun sebanyak RM 0.08 semalam sebaliknya melemparkan pelbagai tohmahan apabila harga minyak naik.

“Tahun ini, sejak kerajaan mengapungkan harga minyak selama 21 minggu, harga minyak mengalami kenaikan dengan jumlah keseluruhan  RM0.83, tetapi selama 13 minggu harga minyak turun yang menyaksikan kenaikan keseluruhan hanya sebanyak RM0.01.

“Tiada sebarang pujian terhadap kerajaan bila umumkan penuruan sebayak RM0.08. Tiada satu blok pembangkang yang bercakap atau memuji usaha kerajaan, tetapi jika harga naik, kita (kerajaan) kena besedia dengan semua tohmahan dan fitnah yang dibuat,” sindirnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim (BEBAS – Bandar Tun Razak) dalam sesi waktu – waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat,di sini hari ini.

Semalam, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 menurun 8 sen, menjadi RM2.30 seliter dari RM2.38, manakal Petrol RON97 pula turun 8 sen, menjadi RM2.58 daripada RM2.66 seliter.

Harga diesel turun dua sen, menjadi RM2.23 dari RM2.25.