#Parlimen : Kerajaan Tubuh HLC Tambah Baik Sekolah Tahfiz - Jamil Khir

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR – Dalam usaha menambah baik sekolah tahfiz, kerajaan telah menubuhkan High Level Committee (HLC) mengenai Pasukan Petugas Sekolah-Sekolah Tahfiz, Dewan Rakyat diberitahu.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, HLC tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Jawatankuasa akan mencadangkan penambahbaikan dalam semua aspek termasuk aspek keselamatan.

“Kerajaan telah mengarahkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan keselamatan kepada semua institusi tahfiz di seluruh negara dan mencadangkan penambahbaikan dalam aspek tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Seri Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) di Dewan Rakyat, hari ini.