Dewan Negara Lulus RUU Perbekalan 2018

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2018 yang memperuntukkan sejumlah RM280.25 bilion untuk perbelanjaan kerajaan bagi tahun berkenaan.

Ia diluluskan selepas dibentangkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk bacaan kali ketiga dan disokong Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique.

RUU berkenaan yang diluluskan sebulat suara anggota Dewan Negara pada 9.25 malam, dibahaskan lima hari bermula 4 Dis lepas, sebelum digulung oleh setiap kementerian selama dua hari berakhir hari ini.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

 

- BERNAMA