16
Kha, Ogs

#Parlimen : MSMP Pacu Malaysia Jadi Hub Perkapalan Serantau - Timb Menteri

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan telah menggubal Pelan Induk Perkapalan Malaysia 2017-2022 (MSMP) demi memperkasakan lagi Malaysia sebagai hub perkapalan serantau.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, objektif MSMP adalah untuk merealisasikan pelaksanaan inisiatif tertentu yang dapat merangsang pertumbuhan industri perkapalan negara bagi tempoh lima tahun.

Jelas Aziz, ia merangkumi promosi penggunaan kapal Malaysia, penggajian pelaut tempatan, promosi perniagaan perkapalan serta perkhidmatan sokongan maritim.

“Inisiatif-inisiatif ini dilihat dapat membantu meningkatkan lagi kebolehpasaran kapal-kapal Malaysia khususnya di peringkat antarabangsa di samping memperkasakan lagi aspek ekonomi sektor maritim negara bagi mencapai tahap pembangunan yang mampan dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Narrashid (BN-Kota Tinggi) di Dewan Rakyat, hari ini.