14
Jum, Dis

#Parlimen : Rafizi Sah Tak Bertanding PRU14

Parlimen
Typography

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Mohd. Rafizi Ramli mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Presiden PKR itu mengumumkan perkara tersebut ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

“Ini adalah ucapan terakhir saya di dalam Dewan ini memandangkan saya tidak bertanding PRU-14 akan datang.

“Oleh itu, saya ingin ucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua Dewan serta timbalan-timbalannya yang telah memberi ruang dan peluang sebaiknya kepada saya untuk berhujah,” katanya.

Di dalam ucapannya itu, Rafizi turut meminta maaf kepada semua wakil rakyat khususnya daripada kerajaan susulan kritikannya sepanjang penggal ini.

Beliau juga menjelaskan bahawa meskipun sering berbalas kritikan di dalam Dewan Rakyat namun hakikatnya mereka bersahabat.